CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1389|Reply: 0

[Johor] Bina 132 menara komunikasi baharu di luar bandar

[Copy link]
Post time 16-11-2021 05:06 PM | Show all posts |Read mode
Bina 132 menara komunikasi baharu di luar bandar

Nurul Amanina Suhaini
am@hmetro.com.my


BUKHARI (kanan) bersama Mazlan (dua dari kiri) pada program Taklimat Penerangan Liputan Internet dan Telekomunikasi Johor. FOTO Nurul Amanina Suhaini.



Johor Bahru: Sebanyak 132 menara komunikasi baharu akan dibina di kawasan khususnya luar bandar di negeri ini, bagi penyediaan liputan perkhidmatan 4G yang dijangka siap pada tahun depan.

Ketua Bahagian Infrastruktur Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), Bukhari Yahya, berkata inisiatif menerusi Jalinan Digital Negara (JENDELA) Fasa 1 secara berperingkat itu diharap dapat merancakkan pembangunan infrastruktur digital.

Katanya, sebanyak 101 menara komunikasi siap dibina sehingga Jun lalu, sejak pelaksanaan inisiatif berkenaan September tahun lalu.

"Capaian Internet turut ditambah baik meliputi 60 kawasan FELDA di negeri ini, selain liputan 4G di kawasan berpendudukan di Johor mencapai 98 peratus sehingga suku ketiga tahun ini.

"Pada masa sama, sebanyak 3,409 alat pemancar sedia ada akan dinaiktaraf kepada perkhidmatan 4G, yang mana 2,877 daripadanya sudah dinaiktaraf sehingga Jun lalu," katanya pada Taklimat Penerangan Liputan Internet dan Telekomunikasi Johor di Auditorium RTM, hari ini.

Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan, Warisan dan Budaya Johor, Mazlan Bujang.

Beliau berkata, pihaknya turut menubuhkan jawatankuasa khas bagi memantau kemampuan rangkaian susulan peningkatan penggunaan trafik Internet kepada 71 peratus.

Disiarkan pada: November 16, 2021 @ 4:54pm







Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 10:24 PM GMT+8 , Processed in 0.334934 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list