CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1307|Reply: 0

[Negeri Sembilan] 19 kluster dadah akan dibina

[Copy link]
Post time 16-11-2021 04:48 PM | Show all posts |Read mode

Abdul Aziz (dua, kiri) menyampaikan plak cenderahati kepada peserta terbaik Kursus TC Mohd Tarmizi Isa (kanan) pada pelancaran Pusat Terapi Komuniti Institusi Pemulihan Dadah Jelebu, di Penjara Jelebu, hari ini. FOTO Bernama


Jelebu: Jabatan Penjara akan membina 19 kluster dadah atau penempatan khas di penjara yang bertindak sebagai model pengurusan program pemulihan dadah bagi menyelesaikan isu kesesakan dalam penjara di negara ini.

Timbalan Komisioner Jeneral Penjara (Keselamatan dan Koreksional) Jabatan Penjara Malaysia, Datuk Abdul Aziz Abd Razak berkata, bermula dengan projek rintis iaitu dua penempatan khas dibina di Penjara Sungai Buloh dengan kapasiti 1,000 banduan dan sebuah lagi di Penjara Kajang dengan kapasiti 500 banduan yang mempunyai kes berkaitan dadah.

"Kerajaan sudah meluluskan pembinaan kluster dadah ini dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12). Menerusi projek tersebut, semua kesalahan dadah yang perlu menjalani pemulihan secara intensif di sini dan pihak penjara akan tempatkan banduan ini dalam kluster dadah itu.

"Kesalahan dadah dalam penjara melibatkan 60 peratus daripada keseluruhan banduan di negara ini, jumlah tersebut adalah faktor utama kesesakan dalam penjara.

"Pembinaan kluster dadah ini juga dapat meningkatkan keberkesanan pemulihan dalam kalangan banduan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pusat Terapi Komuniti di Institusi Pemulihan Dadah Jelebu di sini hari ini.



Menurut beliau, program pemulihan dadah di penempatan khas itu mengikut tempoh hukuman penjara ditetapkan oleh mahkamah bagi setiap banduan.

Dalam pada itu, Abdul Aziz berkata Pusat Terapi Komuniti adalah satu modaliti berasaskan pembuktian yang dicadangkan dalam garis panduan pelaksanaan program pemulihan dadah mengikut Piawaian Antarabangsa Untuk Rawatan Penyalahgunaan Dadah oleh Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu Mengenai Jenayah dan Dadah (UNODC) .

Katanya, sebanyak 20 institusi penjara melaksanakan modaliti tersebut sejak diperkenalkan di Rawatan Pemulihan Dadah Penjara Kajang pada 1992.

Beliau berkata, Jabatan Penjara menetapkan empat matlamat utama penubuhan Pusat Terapi Komuniti ini iaitu melaksanakan program pemulihan dadah secara intensif dan fokus bagi mencapai kadar residivis yang rendah dalam kalangan pesalah dadah.

"Matlamat kedua ialah mencapai Dasar Dadah Negara bagi mengurangkan kadar penagih dadah di negara ini dan ketiga ialah untuk menjadikan IPD Jelebu ini sebagai pusat latihan pelaksanaan program pemulihan dadah yang komprehensif di peringkat kebangsaan dan juga antarabangsa," katanya.

Disiarkan pada: November 16, 2021 @ 4:35pm


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 06:50 PM GMT+8 , Processed in 0.055060 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list