CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
View: 355|Reply: 1

[Kedah] Tabung Kilat UniMAP bantu Nur Aliah

[Copy link]
Post time 16-11-2021 04:40 PM | Show all posts |Read mode
Tabung Kilat UniMAP bantu Nur Aliah[size=0.8][size=0.9]Zuliaty Zulkiffli
am@hmetro.com.my


Dr Zaliman (tiga dari kanan) menyampaikan sumbangan Bakul Kasih UniMAP dan wang tunai bagi meringankan beban keluarga Nur Aliah (tiga dari kiri) selepas rumahnya di Kampung Hutan Betut, Mergong, musnah dalam kebakaran. FOTO IHSAN UniMAP



Alor Setar: Kesedihan penuntut Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) selepas rumahnya di Kampung Hutan Betut, Mergong musnah dalam kebakaran Jumaat lalu, sedikit terubat apabila menerima bantuan daripada pihak universiti.

UniMAP melancarkan Tabung Kilat untuk membantu Nur Aliah Izzati Abdul Ghani, 18, yang juga penuntut semester satu Kejuruteraan Mekatronik, sekali gus meringankan beban ditanggungnya dan keluarga.

Naib Canselor UniMAP, Profesor Dr Zaliman Sauli berkata, tabung itu dilancarkan selepas pihaknya melihat sendiri kesan kebakaran dialami Nur Aliah sekeluarga yang hilang rumah selain lima kereta dan dua motosikal.

Bagaimanapun, sebagai permulaan pihaknya menyerahkan Bakul Kasih UniMAP dan wang tunai buat keluarga itu.

"Selain itu, UniMAP mengalu-alukan Nur Aliah menginap di kolej kediamannya lebih awal sekiranya pelajar itu mahu menumpukan pada pengajiannya, memandangkan pelajar diploma masih mengikuti pengajian talian," katanya ketika melawat kediaman Nur Aliah, semalam.

Mengiringi Dr Zaliman adalah Timbalan Naib Canselor UniMAP Profesor Dr Mohd Fo'ad Sakdan dan Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Abdul Khalim Al Azizi Syahril.

Sementara itu, Nur Aliah ketika menceritakan semula kejadian jam 5 pagi itu berkata, ibu dan bapanya tiada di rumah kerana menemani kakak sulungnya menghadiri temuduga, manakala dia dan abangnya di rumah bapa saudara.

"Syukur kami selamat, malah nenek dan ibu saudara juga terselamat kerana dikejutkan seorang saudara yang juga jiran kami tetapi malangnya dia meninggal dunia kerana serangan jantung," katanya.

Menurutnya dia juga berbesar hati kerana menerima kunjungan pengurusan UniMAP dan MPP dan berterima kasih dengan bantuan dihulurkan.

Disiarkan pada: November 16, 2021 @ 3:48pm









Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2021 07:42 PM | Show all posts
semoga dipermudahkan urusan.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 



Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

22-5-2022 07:21 AM GMT+8 , Processed in 0.081300 second(s), 22 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list