CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1475|Reply: 0

[Melaka] PRN Melaka: 21 pusat pengundian awal ditutup 2 petang

[Copy link]
Post time 16-11-2021 03:45 PM | Show all posts |Read mode

Kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melakukan kerja sanitasi di tempat pengundian awal bagi PRN Melaka, di Sekolah Kebangsaan Kem Terendak II hari ini. FOTO Bernama



Melaka: Sebanyak 21 daripada 31 Pusat Pengundian Awal (PPA) ditutup pada 2 petang ini.

Menurut jurucakap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), 21 pusat itu telah digazetkan untuk ditutup pada 2 petang, dan menurutnya setakat 1 tengah hari tadi, 56 peratus pengundi awal telah mengundi.

Senarai PPA yang ditutup pada 2 petang itu membabitkan 20 Dewan Undangan Negeri (DUN) termasuk Bilik Taklimat Balai Polis Kuala Sungai Baru di DUN Kuala Linggi, Bilik Taklimat Balai Polis Lubok China di DUN Ayer Limau, Bilik Maklumat Balai Polis Masjid Tanah di DUN Lendu dan Bilik Taklimat Balai Polis Simpang Empat di DUN Taboh Naning;

Bilik Taklimat Balai Polis Trafik Alor Gajah di DUN Rembia, Ruang Rehat Balai Polis Gadek di DUN Gadek, Bilik Penerangan Balai Polis Durian Tunggal dan Bilik Pusat Latih PALAPES UTEM di DUN Durian Tunggal, Bilik Mesyuarat Balai Polis Selandar di DUN Asahan dan Bilik Taklimat Balai Polis Sungai Udang di DUN Sungai Udang.

Turut ditutup pada 2 petang ialah Bilik Taklimat Balai Polis Tanjung Kling di DUN Pantai Kundor, Bilik Taklimat Balai Polis Tanjung Minyak di DUN Paya Rumput, Bilik Taklimat Balai Polis Batang Tiga di DUN Kelebang, Bilik Taklimat Balai Polis Bukit Baru di DUN Bukit Katil dan Bilik Gerakan Balai Polis Tiang Dua di DUN Ayer Molek.



Enam lagi PPA yang ditutup pada 2 petang ialah Bilik Bertemu Pelanggan Balai Polis Malim Jaya di DUN Kesidang, Bilik Mesyuarat Balai Polis Tengkera di DUN Kota Laksamana, Bilik Gerakan Balai Polis Kandang di DUN Telok Mas, Bilik Taklimat Balai Polis Merlimau di DUN RIM, Bilik Penerangan Balai Polis Merlimau di DUN Merlimau dan Dewan Serbaguna Balai Polis Sungai Rambai di DUN Sungai Rambai.

Sementara itu, proses pengundian awal di semua 21 PPA yang mula dibuka 8 pagi tadi berjalan lancar.

Proses pengundian awal pagi ini menyaksikan penekanan diberikan terhadap pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP), selaras dengan Garis Panduan Pencegahan Covid-19 di bawah Pelan Pemulihan Negara, kerana situasi pandemik yang masih belum terkawal sepenuhnya.

Penjarakan fizikal, pemakaian pelitup muka, penggunaan pensanitasi tangan, saringan suhu badan dan langkah merekodkan kehadiran dilaksanakan di pusat-pusat pengundian selain mereka yang hadir perlu mengimbas kod respons pantas (QR) MySejahtera sebelum masuk ke PPA.

Disiarkan pada: November 16, 2021 @ 2:36pm






Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 10:30 AM GMT+8 , Processed in 0.787259 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list