CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1500|Reply: 0

[Selangor] Konvensyen pendigitalan PKS Selangor terbesar secara hibrid 19-21 November ini

[Copy link]
Post time 16-11-2021 03:35 PM | Show all posts |Read mode
Edited by tari at 16-11-2021 03:39 PM


Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari (empat dari kiri) turut hadir pada konvensyen yang diadaan pada 2019.



SHAH ALAM - Konvensyen Selangor Smart City and Digital Economy bakal mengumpulkan pemimpin industri, ahli akademik, Perusahaan Kecil dan Sederhana, sektor kerajaan dan swasta bermula 19 November ini.

Konvensyen edisi keenam ini akan mengembangkan ekosistem pendigitalan PKS Selangor dalam membentuk rangka kerja dan penyelesaian bandar pintar dan ekonomi digital sedia ada dan masa hadapan.

Konvensyen anjuran Selangor Information Technology and Digital Economy Corporation (Sidec) ini akan berlangsung selama tiga hari bermula 19 November hingga 21 November bertempat di KL Convention Centre.

Jurucakap Sidec berkata, Selangor Smart City and Digital Economy Convention ialah konvensyen bandar pintar dan ekonomi digital terulung di Asia Tenggara.

“Konvensyen tahun ini akan mempunyai 45 panelis berpengalaman yang akan membincangkan pelbagai topik semasa perbincangan panel dua hari yang meliputi topik mengenai Fintech, Agritech, Travel Tech, pemasaran digital dan pendigitalan PKS.

“Para panelis terdiri daripada pemimpin terkemuka, pengasas dan pakar dalam industri antaranya ialah Ketua Pegawai Eksekutif Sidec Yong Kai Ping, Penanggung Tugas Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif Agrobank Khadijah Iskandar, Ketua Pegawai Eksekutif Boost Life Ungku Norliza Syazwan Ungku Halmie, Ketua Pegawai Eksekutif MyDIGITAL Fabian Bigar, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Kumpulan Agroz Gerard Lim, dan ramai lagi,” katanya.

Menurutnya, dengan hanya berbaki beberapa hari sahaja lagi, kesemua 60 booth telah berjaya dijual menerusi 40 syarikat yang mengambil bahagian.
“Kita menyasarkan 700 peserta akan hadir ke konvensyen yang berlangsung selama tiga hari ini untuk bersama-sama mendalami mekanisme ekosistem pendigitalan.

“Penganjuran konvensyen kali ke-enam ini terpaksa dihadkan bagi mematuhi SOP Covid-19,” katanya.
Konvensyen ini akan dirasmikan oleh Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari pada hari kedua konvensyen pada 20 November 2021.

Selain daripada kehadiran Menteri Besar, acara ini akan turut dihadiri oleh penyanyi tersohor tanah air dan juga ahli perniagaan dan pemilik CTDK Holdings, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin.

Konvensyen tersebut juga akan menyaksikan majlis menandatangani memorandum persefahaman antara Sidec Sdn Bhd dan CTDK Holdings.


sumber







Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

16-4-2024 04:39 PM GMT+8 , Processed in 0.284203 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list