CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1157|Reply: 0

[Kedah] 45 menara telekomunikasi baharu dibina di Kedah

[Copy link]
Post time 16-11-2021 03:11 PM | Show all posts |Read mode
45 menara telekomunikasi baharu dibina di Kedah
NURUL HIDAYAH HAMID | | 16 November 2021


Gambar hiasan

ALOR SETAR - Sebanyak 45 daripada 134 buah menara telekomunikasi dibina di lokasi baharu di Kedah sehingga September tahun ini dengan capaian teknologi 4G melalui Pelan Digital Negara (Jendela).


Exco Penerangan, Komunikasi dan Multimedia, Wan Romani Wan Salim berkata, Jendela dilaksanakan bagi meningkatkan tahap kesalinghubungan serta kualiti perkhidmatan jalur lebar di seluruh negara.


Wan Romani memaklumkan, sebanyak 134 lokasi baharu bagi pembinaan menara telekomunikasi dengan teknologi 4G telah dirancang di Kedah dan 45 daripadanya siap dilaksanakan.


"Selain itu, sebanyak 1,612 buah stesen pemancar di struktur komunikasi sedia ada akan dinaiktaraf kepada teknologi 4G manakala 1,377 stesen pemancar sudah selesai dinaiktaraf.


"Sebanyak 76,474 premis juga akan disediakan akses kepada perkhidmatan berkelajuan gigabit yang mana 49,998 premis telah siap penyambungan gentian optik," katanya pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah pada Selasa.


Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan lisan Tan Kok Yew (DAP-Derga) mengenai tindakan segera kerajaan untuk meningkatkan capaian internet di seluruh negeri.


Katanya, Jendela melibatkan pendekatan berfasa iaitu fasa satu bermula pada September tahun lalu dan berakhir penghujung tahun depan dengan memberi fokus kepada pemantapan infrastruktur digital.


"Tumpuan diberikan kepada pembinaan tapak baharu, menaik taraf stesen-stesen pemancar sedia ada kepada teknologi 4G serta menyediakan capaian gentian optik di premis-premis di seluruh negara sebagai persediaan untuk negara beralih kepada teknologi 5G," katanya.


Tambah beliau, kerajaan negeri dan juga pihak berkuasa tempatan (PBT) di seluruh negeri akan memberi kerjasama bagi membantu Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan pihak lain yang terlibat.


Katanya, ia bagi memastikan penyediaan infrastruktur digital dapat dimudahcara serta mengikut piawaian tertentu bagi memastikan aspirasi MyDigital dapat dicapai.


"Sebagai contoh, pihak ‘One Stop Agency’ (OSA) bagi pengurusan pembinaan infrastruktur telekomunikasi di negeri Kedah iaitu SSK (State Secretary, Kedah) berjaya menyelaraskan fi perkhidmatan dan senarai semak permohonan di setiap PBT di Kedah awal tahun ini," katanya.


Menurut Wan Romani, ia merupakan salah satu usaha memudahkan urusan permohonan pembinaan infra telekomunikasi oleh pihak penyedia kemudahan rangkaian.


Dalam perkembangan lain, beliau memaklumkan syarikat tujuan khas (SPV), Digital Nasional Berhad (DNB) mensasarkan ketersediaan liputan rangkaian 5G di Kedah dijangka pada 2023.



Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... aru-dibina-di-Kedah
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 01:49 PM GMT+8 , Processed in 0.058105 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list