CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1118|Reply: 0

[Kedah] Kedah lantik konsultan atasi masalah lalat

[Copy link]
Post time 16-11-2021 03:02 PM | Show all posts |Read mode
Kedah lantik konsultan atasi masalah lalat
NURUL HIDAYAH HAMID | | 16 November 2021


Kerajaan negeri telah melantik perunding bagi mengkaji penyelesaian kepada masalah kehadiran lalat dalam jumlah yang banyak sepanjang tahun di kawasan bandar Gurun dan kawasan sekitarnya di Kedah. Gambar kecil: Dr Hayati Othman

ALOR SETAR - Kerajaan negeri telah melantik perunding bagi mengkaji penyelesaian kepada masalah kehadiran lalat dalam jumlah yang banyak sepanjang tahun di kawasan bandar Gurun dan kawasan sekitarnya di Kedah.


Exco Kesihatan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Dr Hayati Othman berkata, kehadiran lalat di kawasan berkenaan dipercayai berpunca daripada kawasan penternakan ayam dan pengumpulan najis ayam yang berlaku secara bermusim mengikut aktiviti di ladang-ladang ayam.


Dr Hayati bagaimanapun memberitahu pelbagai kaedah dan peralatan akan digunakan termasuklah melantik konsultan bagi mengatasi masalah lalat di kawasan berkenaan yang mengganggu kehidupan penduduk.


"Jabatan Kesihatan Negeri Kedah juga sentiasa bertindak terhadap aduan kacau ganggu lalat yang mendatangkan masalah kepada penduduk terutamanya di kawasan terlibat khususnya Jeniang.


"Cadangan aktiviti kawalan dan pencegahan akan diberikan kepada penduduk untuk mengurangkan jumlah lalat sehingga ia tidak lagi mengganggu kehidupan penduduk terutamanya di lokasi berkenaan," katanya pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah pada Selasa.


Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan lisan Datuk Johari Abdul (PKR-Gurun) berkaitan masalah lalat di kawasan Gurun dan tindakan yang diambil bagi menyelesaikan masalah tersebut.


Mengulas lanjut, Dr Hayati berkata, Jabatan Kesihatan Kesihatan juga memberi cadangan untuk mengawal lalat kepada penternak dan Majlis Perbandaran Sungai Petani (MPSPK) telah mengambil tindakan terhadap aduan berkaitan masalah lalat yang dilaporkan.


"Selain itu, dua siri lawatan bersama Jabatan Veterinar, Jabatan Pertanian, Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Pejabat Tanah Sungai Petani di kawasan ladang ternakan ayam di Padang Lembu, Gurun, malah penternak telah dinasihatkan untuk mengambil langkah kawalan dan kebersihan di ladang itu," jelasnya.


Menurutnya, satu kerangka telah dibuat untuk mengawal pembinaan ladang ayam dan pengusaha dinasihatkan supaya mengubah ladang ternakan mereka secara tertutup yang lebih efisien dan baik terutamanya dalam mengawal jumlah kehadiran lalat.


"Pada dua minggu lalu, kita telah berbincang dan melantik sebuah konsultan untuk melihat cara ladang ternakan ayam yang boleh memberi keuntungan walaupun pada permulaan harganya mungkin lebih tinggi namun mampu memberi keuntungan kepada pengusaha ladang ayam dalam jangka masa panjang," katanya.


Beliau berkata, konsultan yang dilantik akan menilai kaedah diguna pakai di negeri lain dan perbincangan akan diadakan lagi untuk membincangkan garis panduan penternakan unggas termasuklah ayam, ayam kampung, itik dan merpati pada dua minggu lagi.


"Kita juga telah melihat kawasan yang kurang menimbulkan masalah lalat, antaranya kaedah penternakan secara tertutup yang memiliki zon penampan yang memiliki jarak tertentu dari kawasan perumahan sekali gus boleh mengurangkan masalah lalat, " ujarnya.


Dalam perkembangan sama, beliau menegaskan masalah lalat di lokasi penternakan ayam akan lebih terkawal sekiranya penternak mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang telah digariskan.


Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... atasi-masalah-lalat
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 11:38 AM GMT+8 , Processed in 0.072364 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list