CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1133|Reply: 0

[Pulau Pinang] CAP gesa jadual feri disemak demi kepentingan pejalan kaki

[Copy link]
Post time 16-11-2021 02:44 PM | Show all posts |Read mode
CAP gesa jadual feri disemak demi kepentingan pejalan kaki

Oleh Zuhainy Zulkiffli - November 16, 2021 @ 2:03pmbhnews@bh.com.my


Feri (bot) laju kelihatan di perairan di antara Georgetown dan Butterworth di sini, yang memulakan perkhidmatan untuk pengguna pejalan kaki sejak 1 Januari lalu




GEORGETOWN: Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa operator perkhidmatan feri, Penang Port Sdn Bhd, menyemak semula jadual perkhidmatan feri Pulau Pinang pada masa ini.

Ia berikutan selang masa dua jam di antara setiap perjalanan feri itu menyebabkan kesulitan kepada pengguna, khususnya pejalan kaki.

Presidennya, Mohideen Abdul Kader, berkata pejalan kaki amat bergantung kepada feri bagi membawa mereka menyeberangi selat kerana kemungkinan mereka tiada pengangkutan sendiri, selain perlu membayar tambang mahal untuk menaiki teksi.

Katanya, ada juga dalam kalangan penumpang yang bergantung kepada pengangkutan itu bagi mendapatkan atau mempunyai masa janji temu sensitif seperti ke hospital.

"Penumpang pejalan kaki tidak boleh diharapkan supaya merancang perjalanan mereka mengikut jadual feri kerana selang masa dua jam terlalu lama serta membuang masa.

"Selang masa dua jam dalam jadual tidak memudahkan pengangkutan bersambung kerana orang ramai mungkin mempunyai janji temu pada masa kritikal bagi dipenuhi, adalah munasabah jika jadualnya selang 20 hingga 30 minit," katanya menerusi kenyataan di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Mohideen berkata, dengan kehidupan di Pulau Pinang hampir pulih apabila ia beralih ke Fasa 4 Pelan Pemulihan Negara (PPN), kekerapan perkhidmatan feri harus dipertingkatkan.

Jika operator berkenaan berpendapat bahawa selang masa dua jam itu diperlukan bagi mengurangkan kos operasi, maka adalah salah kerana operasi pengangkutan awam tidak boleh dianggap sebagai usaha mencari wang dan ia adalah sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat (CSR) syarikat itu.

"Mungkin kita perlu belajar daripada perkhidmatan kereta api di Hokkaido, Jepun yang terus menyediakan perkhidmatan ke stesen kereta api Kyu-Shirataki hanya bagi menghantar pelajar sekolah menengah ke kelas dan balik dan terus beroperasi sehingga penumpang tunggal itu menamatkan pengajian.

"Walaupun perkhidmatan kereta api Hokkaido itu tidak dapat dicontohi, ia sekurang-kurangnya perlu mempertimbangkan keperluan penumpang pejalan kaki bagi mengendalikan jadual yang lebih cekap," katanya.

Mohideen berkata, perkhidmatan itu tidak boleh mengharapkan penumpang yang tiba di Pangkalan Sultan Abdul Halim, Butterworth selepas 11 pagi bagi menunggu di terminal feri sehingga jam 1 tengah hari untuk mendapatkan feri seterusnya ke Pulau Pinang.

"Jadual feri hanya dipapar dalam laman sesawang operator berkenaan melainkan jika seseorang itu menyemak laman sesawang, mudah bagi mengandaikan bahawa perkhidmatan feri dikendalikan secara 20 minit hingga 30 minit.

"Lebih-lebih lagi, kekerapan perkhidmatan feri juga dikurangkan secara drastik pada cuti umum dan hujung minggu," katanya.








Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 02:18 PM GMT+8 , Processed in 0.058839 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list