CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
View: 470|Reply: 1

[Perlis] Buruh dituduh curi burung kakak tua

[Copy link]
Post time 16-11-2021 02:25 PM | Show all posts |Read mode
Edited by kerisnaga at 16-11-2021 02:26 PM

Buruh dituduh curi burung kakak tuaOleh Aizat Sharif - November 16, 2021 @ 12:54pmbhnews@bh.com.my


Tertuduh, Mohd Amizad Marodzi (menutup kepala dengan jaket) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Kangar hari ini kerana mencuri seekor burung kakak tua dari sebuah rumah di Beseri, Padang Besar pada Jumaat lalu. - NSTP/Aizat Sharif



KANGAR: Seorang buruh mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret, di sini, hari ini kerana mencuri seekor burung kakak tua dari sebuah rumah di Beseri, Padang Besar pada Jumaat lalu.

Tertuduh, Mohd Amizad Marodzi, 44 dari Kuala Perlis meminta untuk dibicarakan, selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Kamaliza Md Zain.

Berdasarkan kertas pertuduhan, tertuduh didakwa mencuri seekor burung jenis African Grey Parrot daripada milikan Mohd Faiz Jafar di sebuah rumah di Jalan Angsana 5, Taman Bunga Angsana, Beseri, Padang Besar pada 12 November lalu jam 4 pagi.

Tertuduh didapati melakukan suatu kesalahan yang boleh dihukum mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan.

Jika sabit kesalahan tertuduh boleh dipenjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya, manakala bagi kesalahan kali kedua atau berulang boleh dipenjara dan denda atau sebat.

Pendakwaan dilaksanakan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Atikah Ab Rashid, manakala tertuduh diwakili peguam Nur Iman Nor Azmi dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan.

Atikah dalam hujahnya memohon mahkamah supaya memberikan jaminan sebanyak RM5,000 kepada tertuduh.

Namun begitu, Nur Iman dalam rayuan balasnya pula memohon mahkamah mempertimbang jaminan sebanyak RM3,500 dapat diberikan kepada anak guamnya.

Ini disebabkan anak guamnya mempunyai tanggungan sebanyak lima orang, termasuk empat orang anaknya yang berusia antara empat hingga 13 tahun dan isterinya pula bertugas sebagai kerani.

Mahkamah membenarkan permohonan peguam Nur Iman dan tertuduh bagaimanapun membayar wang jaminan berkenaan diwakili adiknya.

Mahkamah kemudian menetapkan 15 Disember sebagai tarikh sebutan semula kes.









Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-11-2021 02:25 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 



Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

27-5-2022 01:01 AM GMT+8 , Processed in 0.080209 second(s), 22 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list