CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1174|Reply: 1

[Kedah] Pengusaha judi boleh pilih perniagaan lain

[Copy link]
Post time 15-11-2021 08:02 PM | Show all posts |Read mode
Pengusaha judi boleh pilih perniagaan lain[size=0.8][size=0.9]Noorazura Abdul Rahman
am@hmetro.com.my


Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor



Alor Setar: Pengusaha premis perjudian di negeri ini dinasihatkan meneroka perniagaan lain untuk kelangsungan pendapatan mereka selepas kerajaan Kedah memutuskan tidak lagi mengeluarkan lesen bagi perniagaan itu.

Menteri Besar Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, pengusaha terbabit perlu menjadi kreatif dalam mencari peluang bisnes baharu yang dapat menjana pendapatan sendiri dan bukan hanya mengharapkan aktiviti perjudian.

"Ada banyak syarikat lain terjejas dengan Covid-19 telah meneroka bidang perniagaan baharu di premis perniagaan masing-masing.

"Contohnya, kedai perabot tukar jadi kedai makan, ada kedai gunting rambut jadi kedai salon kecantikan, macam-macam boleh buat, kena kreatif dalam hidup ini," katanya pada sidang media selepas Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di Wisma Darul Aman, di sini hari ini.

Terdahulu, pada sesi perbahasan persidangan itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Derga Tan Kok Yew meminta kerajaan negeri menarik semula keputusan berkenaan kerana berpendapat ia boleh menyebabkan kekurangan dana untuk membantu sektor pendidikan, sukan dan kebajikan di negeri ini.

Selain itu, Tan juga berkata, keputusan itu akan menyebabkan pengusaha terpaksa menanggung kos serta berlaku pengangguran.

Menjawab lanjut, Muhammad Sanusi berkata, beliau yakin pengusaha termasuk pekerja premis perjudian di Kedah tidak begitu ramai berbanding 'kerosakan' yang berlaku akibat pengoperasian premis itu.

Dalam pada itu, Muhammad Sanusi turut berterima kasih dengan ADUN pembangkang yang menyokong keputusan kerajaan negeri untuk tidak lagi memperbaharui lesen perjudian.

"Hanya ada beberapa orang sahaja ADUN pembangkang yang tidak bangun berdiri dalam sidang hari ini menyokong keputusan itu.

"Bagaimanapun dewan hari ini berjalan lancar nampak ada ketenangan daripada kedua-dua pihak saling menyokong cadangan baik , saya rasa politik macam ini bagi banyak faedah kepada rakyat," katanya.

Semalam, media melaporkan Kedah menerusi pihak berkuasa tempatan (PBT) tidak lagi akan memberi kelulusan lesen premis perjudian selain mengehadkan aktiviti penjualan arak di seluruh negeri, berkuat kuasa serta-merta.

Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, berkata keputusan itu dibuat pada mesyuarat EXCO minggu lalu bagi mengelak mudarat yang lebih besar kepada penduduk.

Disiarkan pada: November 15, 2021 @ 7:32pm










Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-11-2021 07:29 PM | Show all posts
dalam hal ini kena sokong. hal berkaitan arak patut dibanteras.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

16-4-2024 09:02 PM GMT+8 , Processed in 0.256793 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list