CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1908|Reply: 0

HUMMER MUNGKIN KEMBALI SEBAGAI KENDERAAN TENTERA

[Copy link]
Post time 15-11-2021 05:09 PM | Show all posts |Read mode
Edited by mattzzx at 15-11-2021 05:10 PM

  

Bermula sebagai sebuah kenderaan yang dihasilkan untuk kegunaan tentera (Humvee), Hummer kemudian ditawarkan sebagai kenderaan kegunaan awam yang mula dijual oleh AM General sebelum ia diambil alih oleh General Motors.

Daripada situ, GM mula memasarkan model asal Hummer H1, diikuti model yang lebih baru (H2 dan H3) berdasarkan platform yang lebih kecil khusus untuk kegunaan orang kebanyakan.

Kini dengan kehadiran semula Hummer EV tahun lalu, pihak tentera mula berminat untuk menggunakan kembali model berkuasa elektrik itu sebagai kenderaan tinjauan ringan, atau electric light reconnaissance vehicle (eLRV).



Menurut laporan CNBC, presiden GM Defense Steve duMont mengesahkan perancangan untuk membangunkan eLRV menggunakan asas daripada GMC Hummer EV.

Kenderaan binaan khusus itu akan dibina mengikut spesifikasi yang ditetapkan oleh tentera, dan dijangka berkongsi komponen seperti unit trenkuasa dan pek bateri yang sama seperti model Hummer EV.

Namun, disebabkan ia kenderaan binaan khusus (purpose built), berkemungkinan rupa asal Hummer EV versi jalanan tidak akan muncul pada kenderaan tentera, seperti yang diperlihatkan oleh model Infantry Squad Vehicle yang menggunakan asas daripada Chevrolet Colorado ZR2.

Jika perancangan tersebut berjalan lancar, GM Defense dijangka akan memulakan pembinaan prototaip eLRV tahun depan.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 07:46 PM GMT+8 , Processed in 0.059585 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list