CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1852|Reply: 0

JUALAN DUCATI MENCANAK NAIK

[Copy link]
Post time 15-11-2021 04:01 PM | Show all posts |Read mode
Edited by mattzzx at 15-11-2021 04:42 PM





Tahun 2021 adalah yang menggembirakan buat Ducati. Pengeluar Itali itu menang kategori pengeluar MotoGP selama dua musim berturut-turut dengan tahun ini mendominasi tujuh daripada 18 pusingan.

Kali terakhir Ducati berada di takhta tersebut ialah pada tahun 2007. Cumanya, Ducati belum sekali lagi mengulangi kejayaan kategori pelumba yang kali terakhir dimenangi Casey Stoner juga pada tahun 2007.

Apa lagi yang menggembirakan Ducati? Jualan sembilan bulan pertama tahun 2021 sudah pun melepasi prestasi keseluruhan tahun 2020.

Benar, tahun 2020 dunia dilanda pandemik Covid-19 namun pencapaian tetap pencapaian.

Pada suku ketiga tahun ini, Ducati telah pun menyerahkan 49,693 unit motosikal kepada pelanggan di serata dunia. Angka itu melebihi keseluruhan jualan tahun 2020 sebanyak 48,042 unit.

Suku ketiga 2021 juga tempoh terbaik di dalam sejarah Ducati dengan pertumbuhan jualan sebanyak tiga peratus berbanding tempoh sama pada tahun 2020 dan 25 peratus berbanding 2019.

Dengan prestasi tersebut negara mana yang mencatat jualan tertinggi?



Masih kekal di Itali dengan jualan sebanyak 7,954 unit diikuti Amerika Syarikat berjumlah 7,475 unit dan 5,627 unit di Jerman.

Menariknya, Naib Presiden dan Selepas Jualan Global Ducati, Francesco Milicia memaklumkan jualan produk Ducati seperti pakaian, aksesori dan alat ganti turut mengatasi jualan tahun 2020.

Model mana paling laris?





Barisan produk dan varian Ducati memang banyak, model terlaris setakat ini ialah Multistrada V4 dengan siri Ducati Scrambler 800 di tempat kedua.

Model ketiga yang menerima sambutan baik adalah Streetfighter V4 dan disusuli Monster.


Model baharu peringkat antarabangsa dan tempatan



Beberapa minggu kebelakangan ini Ducati sibuk memperkenalkan barisan model 2022 termasuk varian istimewa seperti Streetfighter V4 SP dan Multistrada Pikes Peak seperti yang dilaporkan oleh kami.

Di pasaran tempatan juga tidak kurang hebatnya, Ducati Monster 2021 diperkenalkan pada Oktober dan sebelum itu Multistrada V4 2021 pada September.

Angka jualan puluhan ribu bunyinya sedikit untuk pengeluar massa namun sudah banyak untuk pengeluar berkuasa tinggi!

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 05:10 PM GMT+8 , Processed in 0.263558 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list