CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1170|Reply: 0

[Kedah] Beri kebenaran MADA jadi pengeluar benih sah: MB Kedah

[Copy link]
Post time 15-11-2021 01:20 PM | Show all posts |Read mode
Beri kebenaran MADA jadi pengeluar benih sah: MB Kedah
NURUL HIDAYAH HAMID | | 15 November 2021


Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor


ALOR SETAR - Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) diminta membenarkan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) menjadi pengeluar benih padi sah.


Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, MADA sepatutnya menjadi pengeluar benih padi sah untuk kawasan MADA dan luar MADA di Kedah.


Katanya, benih padi diperoleh daripada 12 syarikat diberikan hak sebagai pengeluar benih didapati dikutip di pelbagai lokasi dan pihaknya mendapati syarikat pengeluar benih terbabit juga tidak memiliki petak sawah untuk menghasilkan benih sendiri.


"Saya mohon MADA sendiri dibenarkan mengeluarkan benih padi, sekali gus boleh mengawal jumlah, kadar serta harga kerana banyak syarikat pengeluar yang diberi hak untuk mengeluarkan benih padi tidak memiliki petak sawah sendiri. Syarikat ini mengutip (benih padi) di merata tempat, sebagai contoh di Sijangkang, Selangor untuk menghasilkan benih padi, sedangkan tidak diketahui setakat mana tahap kualiti benih padi tersebut.


"Saya harap langkah-langkah ini segera diberi keputusan memandangkan MADA memiliki kawasan sawah dan petak, sekali gus mampu mengawal proses dari peringkat melepaskan air, menghasilkan benih dan menggunakan benih sesuai untuk cuaca dan tanah di Kedah," katanya dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) ke 14, pada Isnin bagi menjawab soalan tambahan Datuk Amiruddin Hamzah (Pejuang-Anak Bukit) berhubung tindakan panjang boleh diambil kerajaan negeri bagi mengatasi masalah benih padi yang berlarutan sekian lama.


Tambah beliau, pihaknya berharap MADA boleh melaksanakan perkara tersebut dan MADA Corp diberi kuota pembekalan benih padi yang lebih besar.


"MAFI juga diharap dapat memastikan urusan pengeluaran benih padi dapat dikeluarkan daripada kawalan kartel yang begitu lama berleluasa dalam sektor pertanian, sekali gus berharap sektor berkaitan petani bebas dari cengkaman pihak tertentu," katanya.


Selain itu, Muhammad Sanusi memberitahu faktor menyebabkan berlaku kekurangan benih padi sah di pasaran yang seterusnya mengakibatkan kelewatan aktiviti tanaman padi adalah kecenderungan pesawah yang memilih sesuatu varieti (monovarieti) sahaja.


"Bagi musim 2/2021 penanaman padi, pesawah di Kawasan Muda didapati cenderung mendapatkan varieti MR 297 kerana persepsi memberi pulangan hasil yang tinggi berbanding varieti yang lain," katanya.


Muhammad Sanusi menegaskan benih padi di pasaran adalah mencukupi sekiranya tidak wujud kecenderungan monovarieti ini dan pesawah dinasihatkan memilih varieti selain daripada varieti MR 297 yang terdapat di pasaran bagi mengelakkan kesan monovarieti selain kelewatan penanaman.


Beliau menjelaskan penanaman padi secara monovarieti adalah tidak digalakkan kerana akan mendedahkan kepada serangan perosak dan penyakit dalam skala yang besar, serta dikhuatiri menjejaskan hasil penanaman padi pesawah.


Katanya, pelbagai langkah dilaksanakan kerajaan bagi mengatasi isu benih padi termasuk penetapan dasar yang berkesan bagi mengurangkan implikasi pembekalan benih padi sah setiap musim.


"Pada tahun 2021, kerajaan melalui MAFI melantik 12 pengeluar benih dan 13 pemborong untuk menambahbaik aspek pengeluaran, pengedaran, pengagihan dan pemasaran benih padi sah.


"Selain itu, penetapan harga siling benih padi sah kepada RM35 di peringkat peruncitan bagi satu beg telah dibuat bagi mengawal manipulasi harga benih padi di pasaran," katanya.



Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... -benih-sah-MB-Kedah
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 08:39 PM GMT+8 , Processed in 0.073308 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list