CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
View: 382|Reply: 1

[Kedah] Sambutan luar biasa

[Copy link]
Post time 15-11-2021 01:16 PM | Show all posts |Read mode
Sambutan luar biasa[size=0.8][size=0.9]Hamzah Osman
am@hmtero.com.my


Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Rosol Wahid (kanan) meninjau gerai pameran selepas merasmikan Kempen Beli Barangan Malaysia (KBBM) Peringkat Kebangsaan 2021 di Dataran Chenang, Langkawi. FOTO HAMZAH OSMAN



Langkawi: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) menyasar jualan sempena Kempen Beli Barangan Malaysia (KBBM) di seluruh negara mampu mencecah sehingga RM3.38 bilion tahun ini.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Rosol Wahid berkata, angka itu berdasarkan unjuran 2.5 peratus peningkatan berbanding nilai jualan keseluruhan tahun lalu iaitu RM3.3 billion.

"Pada tahun 2019, pelaksanaan KBBM mencatatkan nilai jualan sebanyak RM2.87 bilion dan RM6.84 juta diperoleh menerusi jualan dalam talian atau marketplace.

"Jumlahnya meningkat kepada RM3.3 bilion dengan nilai jualan dalam talian berjumlah RM145 juta tahun lalu dan kita jangka jualan akan terus meningkat tahun ini hasil sambutan menggalakkan orang ramai," katanya.

Terdahulu, beliau hadir merasmikan Karnival Jualan Kempen Beli Barangan Malaysia (KBBM) Peringkat Kebangsaan 2021 di Dataran Chenang di sini.

Turut hadir, Speaker Dewan Undangan Negeri (Dun) Kedah Datuk Juhari Bulat, Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna negeri Wan Romani Wan Salim dan Ketua Setiausaha KPDNHEP Datuk Seri Hasnol Zam Zam Ahmad.

Rosol berkata, KBBM akan terus diperkasa tahun hadapan selepas kerajaan memberi sokongan dengan memperuntukkan RM20 juta dalam Bajet 2022 untuk pembangunan Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS).

"KBBM adalah sebahagian inisiatif kerajaan membantu PMKS tempatan, khususnya usaha memperkenal dan memasarkan barangan buatan tempatan kepada orang ramai.

"Menerusi kempen ini, KPDNHEP menggalakkan rakyat Malaysia mengutamakan pembelian barangan buatan tempatan ketika berbelanja," katanya.

Beliau berkata, KBBM dimulakan sejak tahun 1984 dan mengalami penambahbaikan dari semasa ke semasa sehinggalah menjadi sinonim kepada KPDNHEP.

"Seiring dengan konsep Keluarga Malaysia diperkenalkan Perdana Menteri, kita meminta rakyat terus menyokong inisiatif ini untuk membantu negara bangkit daripada impak pandemik Covid-19 sebelum ini.

"Kempen ini semakin berkembang dengan pembabitan lebih banyak rakan kerjasama strategik daripada sektor peruncitan," katanya.

Antara syarikat yang menyokong inisiatif ini termasuk AEON, AEON Big, Giant, Mydin, 99 Speedmart, The Store, Hero Supermarket, KK Supermart, Eco-Shop, Lotus Store, Econsave, Lulu Group, TF Value-Mart, Bataras, Petronas dan Shell.

Pada masa sama, beliau berkata, syarikat daripada jualan dalam talian termasuk Shopee, LAZADA dan PGMALL turut sama melaksanakan KBBM melalui platform masing-masing.

KBBM bertemakan 'Beli Barangan Malaysia' berlangsung empat hari bermula Khamis lalu, disertai seramai 20 usahawan mikro, kecil dan sederhana sekitar Zon Utara.

Mohd Bakhiar Bustamam, wakil syarikat Nuri Enterprises menunjukkan sebahagian produk berjenama Nureys di gerai pamerannya pada Karnival Beli Barangan Malaysia (KBBM) Peringkat Kebangsaan 2021 di Dataran Chenang, Langkawi. FOTO HAMZAH OSMAN

KBBM bantu usahawan bina jaringan perniagaan

Langkawi: Karnival Jualan Kempen Beli Barangan Malaysia (KBBM) Peringkat Kebangsaan 2021 berjaya membantu usahawan membina jaringan perniagaan, sekali gus menjana pendapatan mereka.

Rata-rata peserta pameran ditemui berpuas hati dan teruja sepanjang karnival empat hari bermula Khamis lalu, anjuran Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) di Dataran Chenang di sini.

Pengurus Pembangunan Perniagaan Suhan Biotechs, Norhaslinda Hamdan yang mengusahakan produk berasaskan durian belanda berkata, KBBM batu loncatan syarikatnya mengembangkan pasaran.

"Kami datang ke sini bersama tiga produk dengan dua daripadanya untuk pembangunan kesihatan selain jus minuman yang kesemuanya berasaskan 100 peratus daripada durian belanda.

"Fokus utama kami di karnival ini adalah untuk memperkenalkan produk, sekali gus mendapatkan lebih ramai usahawan baharu yang mahu berniaga bersama," katanya ketika ditemui di gerai pamerannya.

Wakil syarikat Nuri Enterprises, Mohd Bakhiar Bustamam yang terbabit dalam pembuatan dan pengedaran makanan berjenama Nureys pula berkata, dia teruja selepas karnival itu mendapat sambutan ramai.

"Selain membeli produk yang kami jual, ada juga pengunjung yang berminat membina jaringan perniagaan bersama syarikat kami yang memasarkan produk makanan.

"Antara produk Nureys yang kami bawa pada karnival ini termasuk laksa, bihun, bawang goreng, kerisik botol, sambal pecal, sambal rojak, kuah sate dan otak udang," katanya.

Beliau berkata, menerusi KBBM, produk syarikatnya diyakini akan mula bertapak di Langkawi dalam tempoh terdekat, pada masa sama memberi ruang kepadanya bertukar pendapat dengan usahawan dari serata tempat.

Usahawan coklat buatan tangan, Naimah Matzeri dari Kampung Temonyong, Langkawi pula bersyukur kerana dipilih menyertai KBBM yang julung kali diadakan di pulau legenda itu.

"Saya mula berjinak menghasilkan produk coklat buatan tangan secara suka-suka kira-kira setahun lalu sebelum serius memasarkan coklat jenama MINACHOC dan MINAMOOQ KITCHEN sejak enam bulan lalu.

"Ini adalah karnival jualan pertama yang saya sertai dan Alhamdulillah sambutan diterima baik dan jenama dua coklat saya semakin dikenali ramai," katanya.

Mahadzir Md Isa, pemilik syarikat Two Pai Craft yang mengusahakan produk kraf berasaskan kayu dan tempurung kelapa turut memuji usaha KPDNHEP menganjurkan karnival jualan dalam usaha membantu usahawan.

"Rata-rata usahawan berhadapan situasi sukar kerana mengalami sifar pendapatan selepas dihimpit tiada pembeli dari kalangan pelancong kira-kira setahun setengah akibat pandemik Covid-19.

"Penganjuran karnival ini pasti menggembirakan kerana memberi peluang kami mengetengahkan produk dan menjualnya kepada pengunjung untuk menjana pendapatan," katanya.

LSebahagian orang ramai mengunjungi gerai pameran pada Karnival Beli Barangan Malaysia (KBBM) Peringkat Kebangsaan 2021 di Dataran Chenang, Langkawi. FOTO HAMZAH OSMAN

Rata-rata pengunjung sambut baik penganjuran

Langkawi: Pengunjung Karnival Jualan Kempen Beli Barangan Malaysia (KBBM) Peringkat Kebangsaan 2021 di sini berharap program berkenaan dapat diadakan secara lebih kerap kerana berpeluang membeli pelbagai barangan pada harga berpatutan.

Pengunjung, Zaidatul Asma Kamarudin, 26, dari Sungkai, Perak berkata, dia teruja apabila mendapat tahu penganjuran program itu menerusi perkongsian rakannya di media sosial.

"Saya sedang bercuti di Langkawi apabila mengetahui Karnival Jualan KBBM diadakan di sini, terus jadi tidak sabar untuk datang bagi membeli produk buatan pengusaha tempatan.

"Saya paling tertarik di gerai pameran coklat buatan tangan, rasa coklat yang dijual memang sedap, malah setanding coklat antarabangsa lain," katanya.

Karnival Jualan KBBM adalah program anjuran Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) itu berlangsung selama empat hari bermula Khamis lalu di Dataran Chenang, di sini.

Bagi Mohamad Aqhori Ramli, 24, dari Nilai, Negeri Sembilan pula berkata, ini kehadiran ketiganya ke KBBM di lokasi berbeza dan akan terus menyokong program berkenaan.

"Saya sangat suka penganjuran karnival seperti ini kerana aktiviti dianjurkan sangat menarik, terutama pameran dan jualan produk dihasilkan sendiri usahawan tempatan.

"Ada produk yang dijual di sini, kita tak boleh dapat walaupun mencarinya di pasaraya besar, inilah kelebihan KBBM dan saya menyukainya," katanya.

Bagi pengunjung remaja, Zainita Ahmad Rushdi, 17, berkata penganjuran acara yang diselitkan dengan persembahan hiburan artis menepati cita rasa golongan muda.

"Pastinya, persembahan hiburan oleh Azlan & The Typewriter, Baby Shima, Afieq Shazwan, Fiq (Mentor) dan Nuri (Mentor) amat menghiburkan," katanya.

Disiarkan pada: November 15, 2021 @ 7:10am






Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2021 03:37 PM | Show all posts
lenkali lukis kot...pjg content
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 



Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

17-5-2022 11:41 PM GMT+8 , Processed in 0.085759 second(s), 22 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list