CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1136|Reply: 0

[Kedah] 5,000 pelancong antarabangsa dijangka kunjungi Langkawi

[Copy link]
Post time 15-11-2021 12:52 PM | Show all posts |Read mode
5,000 pelancong antarabangsa dijangka kunjungi Langkawi[size=0.8]Oleh Hamzah Osman - November 15, 2021 @ 11:33ambhnews@bh.com.my


Pelancong antarabangsa yang merancang masuk ke Langkawi perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan. - Foto NSTP



LANGKAWI: Seramai 5,000 pelancong antarabangsa dijangka mengunjungi pulau ini di bawah program Gelembung Pelancongan Antarabangsa Projek Rintis Pulau Langkawi yang bermula hari ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA), Nasaruddin Abdul Muttalib, berkata program berkenaan dijangka mampu menjana pendapatan kira-kira RM24.4 juta setakat hujung tahun ini.

Jelasnya, pelancong antarabangsa yang merancang masuk ke Langkawi perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan termasuk melakukan ujian saringan Polimerase-Transkripsi Terbalik (RT-PCR) di pintu masuk negara.

"Pelancong yang menggunakan penerbangan terus ke Langkawi, perlu menjalani ujian RT-PCR sebaik tiba di pulau ini manakala mereka yang transit melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) perlu melakukannya sebelum menaiki pesawat domestik di KLIA.

"Bagaimanapun, jika penerbangan terus tiba pada waktu malam, mereka boleh terus mendaftar masuk di hotel dan ujian pengesanan boleh dilakukan keesokan hari di tempat penginapan," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat LADA di sini, hari ini.

Gelembung Pelancongan Antarabangsa Projek Rintis Pulau Langkawi dilaksanakan selepas kejayaan program sama membabitkan pelancong tempatan bermula 16 September lalu.

Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA), Nasaruddin Abdul Muttalib. - NSTP/Hamzah Osman

Nasaruddin berkata, pelancong antarabangsa juga perlu menggunakan khidmat pemandu pelancong yang bertanggungjawab membantu mereka mematuhi SOP COVID-19 sepanjang berada di negara ini.

"Sebanyak 118 bilik di 20 hotel telah dikenal pasti untuk dijadikan pusat kuarantin kepada pelancong asing yang dikesan positif COVID-19 tahap satu dan dua.

"Selain itu, tempoh minimum mereka perlu menginap di Langkawi adalah tiga hari dan jika pelancong asing terbabit berhasrat mengunjungi destinasi lain dalam negara, perlu menginap tujuh hari," katanya.

Pada 22 Oktober lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan Gelembung Pelancongan Antarabangsa Projek Rintis Pulau Langkawi dilaksana mulai hari ini dengan pematuhan SOP berkaitan COVID-19.

Kumpulan sasaran bagi gelembung pelancongan itu adalah pelancong berkualiti dan individu yang telah lengkap vaksinasi COVID-19.






Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 05:02 AM GMT+8 , Processed in 0.060490 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list