CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1210|Reply: 0

[Kedah] PTPTN peruntukkan RM23,000 bantu dua rumah anak yatim di Kedah

[Copy link]
Post time 15-11-2021 12:48 PM | Show all posts |Read mode
PTPTN peruntukkan RM23,000 bantu dua rumah anak yatim di Kedah
Oleh WAN MOHD NOOR HAFIZ WAN MANSOR | | 15 November 2021


Wan Saiful (tiga dari kanan) sempat meluangkan masa dengan penghuni Rumah Kebajikan Anak Yatim UUM, Sintok selepas menyerahkan sumbangan kepada rumah tersebut dan penghuninya.


SINTOK – Dua buah rumah anak yatim dan anak-anak asnaf dibantu menerusi agihan peruntukan hamper RM23,000 oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) melalui Program PTPTN Prihatin di Sintok dan Changloon.


Dua rumah anak yatim terlibat adalah Rumah Kebajikan Anak Yatim Universiti Utara Malaysia (UUM), Sintok dan Pusat Jagaan Anak Yatim dan Miskin Baitus Saba, Changloon, Kedah.


Pengerusi PTPTN, Datuk Wan Saiful Wan Jan berkata, setiap rumah menerima sumbangan berjumlah RM10,000 untuk membantu operasi mereka, manakala RM100 diberikan dalam bentuk akaun Simpan SSPN Prime kepada setiap anak asnaf yang tinggal di rumah anak yatim berkenaan.


Menurutnya, PTPTN sentiasa prihatin membantu masyarakat terutamanya golongan asnaf melalui program-program tanggungjawab sosial korporat (CSR) yang dianjurkan dalam usaha memposisikan perbadanan ini sebagai sebuah agensi yang dekat dengan masyarakat.


“Pandemik Covid-19 telah menyebabkan ramai yang menghadapi kesusahan dan juga memberi kesan kepada masyarakat terutamanya kepada golongan asnaf.


“Sebagai sebuah organisasi yang cakna dan prihatin, PTPTN melalui Skuad PTPTN Prihatin terpanggil untuk memberikan sumbangan kepada golongan yang memerlukan,” katanya semasa ditemui di Rumah Kebajikan Anak Yatim UUM, dekat sini pada Sabtu.



Wan Saiful (tengah) bergambar bersama penghuni Pusat Jagaan Anak Yatim dan Miskin Baitus Saba, Changloon selepas menyerahkan sumbangan.


Mengulas lanjut, Wan Saiful berkata, tujuh penghuni di Rumah Kebajikan Anak Yatim UUM, Sintok dan 14 penghuni Pusat Jagaan Anak Yatim dan Miskin Baitus Saba masing-masing menerima RM100 yang diberikan dalam bentuk akaun Simpan SSPN Prime.


Beliau berharap sumbangan ini sedikit sebanyak dapat membantu meringankan beban terutamanya kepada rumah anak yatim ini dan penghuninya selain meletakkan PTPTN di tengah-tengah keperluan masyarakat.


“Perkara Ini juga adalah salah satu usaha untuk mendekatkan PTPTN dengan masyarakat dan menyantuni masyarakat setempat.


“Selama ini ada yang tidak tahu tentang program-program yang dianjurkan oleh PTPTN melalui program CSR yang kami lakukan dalam usaha menjenamakan peranan agensi ini,” katanya.


Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... anak-yatim-di-Kedah
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 05:45 PM GMT+8 , Processed in 0.082406 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list