CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1349|Reply: 0

[Johor] RM4.6 bilion diperuntukkan untuk Johor - Mustapha

[Copy link]
Post time 15-11-2021 07:25 AM | Show all posts |Read mode

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapha Mohamed dan Menteri Besar, Datuk Hasni Mohammad ketika menghadiri Road Show Pasca Rancangan Malaysia Ke Dua Belas (RMK-12) oleh Unit Perancang Ekonomi (EPU) Jabatan Perdana Menteri (JPM) bersama kerajaan Johor hari ini. FOTO IHSAN PEJABAT MENTERI



Iskandar Puteri: Johor diperuntukkan RM4.6 bilion menerusi Belanjawan 2022, dengan kebanyakannya adalah untuk sambungan projek pembangunan sedia ada.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapha Mohamed berkata, peruntukan itu adalah bagi melengkapkan projek sambungan terutama pembinaan sekolah dan jalan raya.

"Hari ini Unit Perancang Ekonomi (EPU) Jabatan Perdana Menteri adakan libat urus dengan kerajaan Johor. Ia adalah sesi libat urus ke-10 kita turun ke negeri bagi jelaskan dasar Rancangan Malaysia Ke Dua Belas (RMK-12) namun lebih penting adalah untuk dapatkan maklum balas untuk kerajaan Johor.

"Untuk tahun depan, Johor diperuntukan RM4.6 bilion yang kebanyakannya adalah untuk projek sambungan sedia ada membabitkan Landasan Berkembar Elektrik Gemas-Johor Bahru, Projek Rapid Transit Sistem Link (RTS Link), pembinaan sekolah baharu 36 bilik darjah iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Bandar Putra 2 di Kulai.

"Selain itu, peruntukan untuk Johor itu juga bagi pembinaan Prohran Perumahan Rakyat Ulu Tiram dan pembinaan Hospital Pasir Gudang," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Road Show PascaRMK-12 oleh EPU JPM bersama kerajaan Johor, di sini, hari ini.

Hadir sama, Menteri Besar, Datuk Hasni Mohammad.

Mengulas lanjut, Mustapha berkata, dalam sesi libat urus berkenaan beliau turut memberi penjelasan terhadap isu dibangkitkan kerajaan Johor berikutan kekurangan peruntukan projek baharu di negeri itu.

Beliau menjelaskan, isu kekangan kewangan disebabkan Covid-19 banyak menjejaskan hasil negara.

"Itulah sebabnya peruntukan untuk projek baharu agak kecil tahun depan. Namun apabila kedudukan kewangan kerajaan bertambah baik, sudah pasti kerajaan akan menimbangkan permohonan yang dapat diberikan untuk projek baharu," katanya.

Ditanya sama ada Kerajaan Persekutuan akan menimbang untuk menambah peruntukan untuk Johor, Mustapha berkata, belanjawan 2022 untuk seluruh negara sudah dibentangkan dengan perbelanjaan pembangunan RM75 bilion.

"Persoalan berkenaan bajet tambahan tidak harus berbangkit, namun kita akan kaji untuk peruntukan Belanjawan seterusnya nanti.

"Bagaimanapun peruntukan untuk RMK diberi pada setiap tahun, namun ia tetap bergantung kepada kedudukan kewangan negara," katanya.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 04:28 PM GMT+8 , Processed in 0.053590 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list