CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1344|Reply: 0

[Kedah] Kedah mendahului nilai pelaburan RM43.6 bilion

[Copy link]
Post time 14-11-2021 09:41 PM | Show all posts |Read mode
Kedah mendahului nilai pelaburan RM43.6 bilion
ROSLINDA HASHIM | | 14 November 2021


Muhammad Sanusi ketika membentangkan Belanjawan Kedah 2022 di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah pada Ahad.

ALOR SETAR - Kedah berjaya menarik pelaburan keseluruhan bernilai RM43.6 bilion mendahului negeri lain biar pun berdepan kesuraman ekonomi global disebabkan penularan pandemik Covid-19.


Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, sektor perkilangan merupakan penyumbang utama, iaitu sebanyak RM42.5 bilion, manakala RM1.1 bilion dalam sektor perkhidmatan dan industri utama.


Menurutnya, peningkatan pelaburan itu menjadikan negeri Kedah berada di tangga pertama dalam kedudukan pelaburan negara.


“Antara pelaburan utama tahun ini disumbangkan melalui pelaburan dalam bidang tenaga boleh diperbaharui, iaitu Risen Solar Technology Sdn Bhd. Munzing Malaysia Sdn Bhd melabur RM55 juta dan syarikat SP Mega Mineral Sdn Bhd sebanyak RM29 juta.


"Pelaburan ini membuka peluang pekerjaan sebanyak 4,417 pelbagai jawatan yang bakal dinikmati rakyat Kedah khususnya," katanya ketika membentangkan Belanjawan Kedah 2022 di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah pada Ahad.


Muhammad Sanusi berkata, pada tahun depan, kerajaan negeri berpandukan kepada Teras Kemakmuran Ekonomi di bawah Pelan Pembangunan Negeri Kedah 2035 (KEDAH2035) menyasarkan beberapa lagi syarikat ternama untuk memilih Kedah sebagai destinasi pelaburan utama.


“Antara kawasan berpotensi bagi pelaburan baharu adalah Kedah Rubber City (KRC), Kulim Hi Tech Park (KHTP), Kedah Science & Technology Park (KSTP), Special Border Economic Zone (SBEZ), Kulim International Airport (KXP), Kawasan Perindustrian Bukit Selambau, Gurun Industrial Park dan Kawasan Industri Padang Meha.


"Kerajaan negeri dengan kerjasama agensi Persekutuan iaitu Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) turut memberi penekanan kepada pembangunan infrastruktur di kawasan perindustrian. Sebanyak RM6.61 juta telah disalurkan oleh Kerajaan Persekutuan bagi membaikpulih infrastruktur kawasan industri di Kedah,” katanya.


Menurutnya, peningkatan aliran masuk pelaburan membolehkan kerajaan negeri melaksanakan pembesaran Kulim Hi Tech Park (KHTP) fasa empat A dan fasa lima dengan keluasan 281 hektar bagi menampung permintaan pelabur.


“Hasil pembesaran itu, dijangka 15,000 peluang pekerjaan baharu dapat diwujudkan kepada penduduk setempat.


"Bagi mempercepatkan proses kelulusan kebenaran merancang dan pembangunan, melalui projek perintis oleh Majlis Perbandaran Kulim Kedah (MPKK) telah memperkenalkan Permit Pembinaan Ekspres (E10) yang mampu memproses kelulusan dalam tempoh 10 bulan," katanya.


Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... aburan-RM436-bilion
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 09:04 PM GMT+8 , Processed in 0.054541 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list