CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1243|Reply: 0

[Kedah] PLANMalaysia bangunkan pelancongan di Titi Hayun, Batu Hampar

[Copy link]
Post time 14-11-2021 09:30 PM | Show all posts |Read mode
PLANMalaysia bangunkan pelancongan di Titi Hayun, Batu Hampar
ROSLINDA HASHIM | | 14 November 2021


Muhammad Sanusi ketika membentangkan Belanjawan Kedah 2022 di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah pada Ahad.

ALOR SETAR - Pembangunan semula kawasan rekreasi Titi Hayun dan Batu Hampar di daerah Yan yang terjejas akibat fenomena kepala air Ogos lalu akan dilakukan di bawah inisiatif Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (PLANMalaysia).


Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, sejumlah RM0.475 juta diperuntukkan untuk menjayakan perancangan pembangunan produk pelancongan itu.


Menurutnya, tumpuan kajian melibatkan perancangan pembangunan semula kawasan terbabit selain pelancongan jajaran gua di daerah Baling.


“Kedah kaya dengan flora dan fauna terutama di Hutan Lipur dan Hutan Simpan, ia akan dimajukan sebagai sektor baru ekopelancongan dengan peruntukan RM3.2 juta.


“Kerajaan negeri turut bangga apabila Pulau Langkawi dipilih sebagai gelembung pelancongan pertama dalam negara dan program berkenaan berjaya membantu aktiviti ekonomi pengusaha pelancongan,” katanya ketika membentangkan Belanjawan Kedah 2022 di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah pada Ahad.


Muhammad Sanusi berkata, bagi memajukan sektor pelancongan domestik, kemudahan prasarana pelancongan akan diperluaskan selain pemuliharaan bangunan warisan membabitkan peruntukan RM3 juta.


“Untuk memastikan pengeluaran sumber makanan tidak terjejas, program peningkatan sistem pengairan dan saliran bagi penanaman padi skim dan luar skim memperuntukkan RM4.63 juta melalui Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS).


''Bagi melahirkan usahawan tani dalam pertanian moden, kerajaan negeri peruntukkan RM6.86 juta meliputi pembangunan industri padi, buah-buahan, sayuran dan tanaman ladang, tanaman industri serta komoditi,” katanya.


Menurut beliau, Jabatan Pertanian Negeri Kedah turut menambahbaik enam program pembangunan bagi tanaman Harumanis Kedah, Durian Kampung Premium, Kopi Kedah, Melon Kedah, Nanas Tanah Mineral Kedah (MD2) serta pembangunan teknologi IOT (Internet of Things) dalam pertanian.


“Perbadanan Menteri Besar Kedah pula akan menerajui pertanian berimpak tinggi, pusat penetasan dan asuhan benih ikan di Pulau Langkawi dan tanaman integrasi kelapa, betik dan melon di Bukit Kura, Padang Terap melibatkan pelaburan RM5 juta,” katanya.


Muhammad Sanusi berkata, ia sebahagian daripada peruntukan RM444.6 juta atau 33 peratus bagi memulihkan aktiviti ekonomi tempatan melalui projek-projek infrastruktur dan utiliti.


“Inisiatif lain termasuk menyediakan kemudahan parit dan longkang di kampung semua daerah melibatkan RM7.2 juta. Memperuntukkan RM60.4 juta kepada Jabatan Kerja Raya (JKR) bagi menyiapkan projek menaiktaraf Jalan Suka Menanti dan pembinaan Jalan Kota Sarang Semut ke Pekan Pendang yang tertangguh.


''Secara keseluruhannya, pembaikan jalan dan jambatan di semua daerah melibatkan 91 projek. Empat jambatan dinaik taraf, iaitu Jambatan Sungai Kura di Padang Terap, Jambatan Sungai Getah di Kuala Muda, Jambatan Sungai Chepir di Sik dan Jambatan Sungai Pendang di Pendang, ditender awal tahun depan,” katanya.


Jelas beliau, peruntukan sebanyak RM4.5 juta disediakan untuk Rancangan Tebatan Banjir melibatkan Pengkalan Lebai Man, Kajian Induk Saliran Jitra Utara, Kampung Siam/Sungai Seluang dan Sungai Perik Mukim Kurong Hitam.


“Ini kerana banjir kilat dan air pasang besar memberi kesan kepada penduduk di kawasan rendah dan menyebabkan kerosakan harta benda dan kawasan pertanian.


''Pengurusan tebatan banjir turut mengutamakan kerja naik taraf sistem saliran di Alor Wisma (Kota Setar), Sungai Kob (Kulim), Kampong Teloi Tua (Sik) serta Sungai Teluk Yu di Langkawi,” katanya.


Mengulas mengenai bekalan air di beberapa kawasan seperti Kuala Kedah, Kuala Sanglang dan Merbok, pihaknya sedang melaksanakan lima projek loji rawatan air, iaitu kemajuan fizikal di tapak sekitar empat peratus.


“Kemajuan pelaksanaan projek naik taraf Sistem Pengepaman Padang Mat Sirat, Langkawi mencapai 25 peratus dan dijangka siap tahun depan. Kerja-kerja pembaikan paip dasar laut sedia ada dari tanah besar ke Langkawi dengan anggaran kos RM50 juta akan dilaksanakan tahun depan,” katanya.


Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... i-Hayun-Batu-Hampar
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 02:06 AM GMT+8 , Processed in 0.048993 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list