CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1554|Reply: 0

[Kedah] LKAN dapati tadbir urus UNISHAMS kurang memuaskan

[Copy link]
Post time 14-11-2021 09:27 PM | Show all posts |Read mode
LKAN dapati tadbir urus UNISHAMS kurang memuaskan
| | 14 November 2021


Laporan itu bersama dengan LKAN Mengenai Penyata Kewangan Kerajaan Negeri dan Agensi Negeri serta Pengauditan Pematuhan Jabatan Negeri Kedah Tahun 2019, dibentangkan di Dewan Undangan Negeri Kedah pada Ahad.

ALOR SETAR - Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) Tahun 2019 Siri 1 Mengenai Aktiviti Agensi dan Pengurusan Syarikat Kerajaan Negeri Kedah mendapati amalan tadbir urus UNISHAMS Sdn Bhd, syarikat milik penuh Perbadanan Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah kurang memuaskan.


Ketua Audit Negara, Datuk Nik Azman Nik Abdul Majid berkata, walaupun objektif penubuhannya bagi menguruskan sebuah institusi pengajian tinggi swasta tercapai, namun ia didapati tidak mengamalkan sepenuhnya tujuh daripada 10 amalan tadbir urus korporat yang baik.


“Prestasi kemasukan pelajar baharu pada 2016, 2017 dan 2019 adalah kurang cekap kerana tidak mencapai sasaran yang ditetapkan. Namun begitu, peratus graduan yang mendapat CGPA 3.00 ke atas dan peratus graduan yang telah bekerja bagi tempoh 2016 hingga 2019 menunjukkan trend meningkat.


“Kemudahan penginapan yang disediakan juga tidak mencukupi bagi menampung pertambahan kemasukan pelajar baharu. Pengurusan kutipan tunggakan yuran pelajar kurang memuaskan dan wujud kelemahan dalam pengurusan aset,” katanya dalam kenyataan pada Ahad.


Laporan itu bersama dengan LKAN Mengenai Penyata Kewangan Kerajaan Negeri dan Agensi Negeri serta Pengauditan Pematuhan Jabatan Negeri Kedah Tahun 2019, dibentangkan di Dewan Undangan Negeri Kedah pada Ahad.


Menurut Nik Azman, kedudukan kewangan UNISHAMS juga berada pada tahap kurang stabil, yang mana keuntungan sebelum cukai pada 2017 menurun berbanding 2016 manakala pada 2018, UNISHAMS mencatatkan kerugian sebelum cukai.


Selain itu, beliau berkata, pengauditan prestasi juga telah dilakukan bagi pengurusan tempat letak kereta Majlis Perbandaran Kubang Pasu yang secara keseluruhannya dirumuskan tidak diuruskan dengan cekap.


“Prestasi penyelesaian notis kompaun adalah rendah iaitu 21.6 peratus, yang mana hanya 17,168 notis kompaun telah diselesaikan melibatkan kutipan berjumlah RM185,875 berbanding 79,618 notis kompaun yang telah dikeluarkan melibatkan RM3.54 juta,” katanya.


Mengenai pengauditan penyata kewangan Kerajaan Negeri Kedah bagi tahun berakhir 31 Dis 2019 pula, beliau berkata, penyata kewangan tersebut menunjukkan gambaran yang benar dan saksama, selain rekod perakaunan telah diselenggarakan dengan lengkap dan kemas kini.


Katanya, secara keseluruhan kedudukan kewangan kerajaan negeri adalah stabil dengan baki terkumpul Kumpulan Wang Disatukan pada akhir 2019 adalah berjumlah RM320.48 juta, iaitu meningkat sebanyak RM245.91 juta berbanding RM74.57 juta pada akhir 2018. - Bernama



Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... MS-kurang-memuaskan
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 10:50 AM GMT+8 , Processed in 0.047787 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list