CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
View: 635|Reply: 0

[Kedah] PTPTN salur bantuan minyak motor percuma untuk 10,000 penerima

[Copy link]
Post time 14-11-2021 09:08 PM | Show all posts |Read mode
PTPTN salur bantuan minyak motor percuma untuk 10,000 penerima
WAN MOHD NOOR HAFIZ WAN MANSOR | | 14 November 2021


Wan Saiful (tengah) membantu mengisi minyak percuma ke dalam motosikal milik Mohd Shariff (dua kanan) sempena Program Minyak Motor Percuma PTPTN di Jitra pada Sabtu. Turut sama dari kiri Syerman, Fauzi Azli dan Esrifaridz.


JITRA - Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) memperuntukkan sebanyak RM50,000 bagi membantu golongan sasar menerusi Program Minyak Motor Percuma dengan kerjasama badan bukan kerajaan (NGO) tempatan dan pemimpin setempat.
Pengerusi PTPTN, Datuk Wan Saiful Wan Jan berkata, peruntukan tersebut disalurkan menerusi program PTPTN Prihatin dalam membantu golongan yang memerlukan melalui program-program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) yang dianjurkan.


Menurutnya, seramai 10,000 orang akan menerima pemberian sumbangan minyak motosikal secara percuma di mana setiap motosikal menerima isian petrol sebanyak RM5.


"Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara telah menyebabkan ramai terjejas dari segi ekonomi kerana tidak dapat keluar bekerja.


"Sebagai sebuah organisasi yang cakna dan prihatin, PTPTN melalui program PTPTN Prihatin turut menyahut seruan kerajaan dalam membantu golongan yang memerlukan sekali gus membantu masyarakat menghadapi situasi pandemik yang meresahkan.


"Ini juga antara usaha kita menjenamakan semula PTPTN di hati pemegang taruh," katanya pada Program Minyak Motor Percuma anjuran PTPTN di Stesen Minyak Petronas, Taman Tengku Maheran, dekat sini pada Sabtu.


Wan Saiful (kanan) menampal pelekat kempen menyimpan bersama PTPTN pada sebuah motosikal penerima Program Minyak Motor Percuma di Jitra pada Sabtu. Turut kelihatan (duduk dari kiri) Syerman dan Esrifaridz.


Hadir sama dua Pengurusan PTPTN, Esrifaridz Subohidan Syerman Salleh serta Pengurus Besar PTPTN Kedah, Fauzi Azli Salleh.


Mengulas lanjut, Wan Saiful berkata, 300 penerima menerima sumbangan minyak motor percuma pada program pertama dan program sama akan diteruskan di pelbagai lokasi terpilih setiap minggu selepas ini.


Menurutnya, beliau juga berharap agar program seumpama itu dapat meletakkan PTPTN sebagai sebuah agensi yang cakna kepada nasib rakyat sekali gus mendekatkan mereka dengan masyarakat.


Sementara itu, seorang penerima, Mohd Shariff Shaari, 37, menghargai sumbangan dan program CSR yang dilakukan oleh PTPTN ini.


Menurutnya, program seumpama itu wajar diteruskan dari semasa ke semasa bagi meringankan beban rakyat marhaen yang terhimpit dengan pelaksanaan PKP sehingga ada yang hilang pendapatan.


"Terima kasih PTPTN kerana membantu rakyat seperti kami semasa musim pandemik ini, harap diteruskan lagi dari semasa ke semasa," katanya.


Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... ntuk-10000-penerima
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 



Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

29-6-2022 08:24 PM GMT+8 , Processed in 1.218794 second(s), 22 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list