CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
View: 336|Reply: 0

[Kedah] Bajet Kedah 2022 RM1.35 bilion, defisiit 12 peratus

[Copy link]
Post time 14-11-2021 08:52 PM | Show all posts |Read mode
Bajet Kedah 2022 RM1.35 bilion, defisiit 12 peratus[size=0.8]Oleh Noorazura Abdul Rahman - November 14, 2021 @ 2:36pmbhnews@bh.com.my




ALOR SETAR: Kerajaan negeri hari ini membentangkan Belanjawan 2022 berjumlah RM1.35 bilion dengan jangkaan defisit 12.44 peratus atau RM90.22 juta.

Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, berkata pihaknya mencadangkan peruntukan perbelanjaan mengurus yang disediakan dalam belanjawan itu adalah berjumlah RM815.22 juta dan daripada jumlah itu RM103.04 adalah sebagai caruman kepada Kumpulan Wang Pembangunan.

"Di bawah peruntukan perbelanjaan mengurus, pecahan peruntukan adalah seperti berikut iaitu Perbelanjaan Tanggungan sebanyak RM84.42 juta dan Perbelanjaan Perbekalan sebanyak RM730.79 juta.

"Anggaran perbelanjaan 2022 adalah meningkat sebanyak RM16.34 juta atau peningkatan 2.04 peratus berbanding 2021. Kenaikan pada perbelanjaan ini adalah sebagai merealisasikan teras bajet dan perancangan yang telah dibuat," katanya ketika pembentangan Belanjawan Kedah 2022 di Wisma Darul Aman, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Muhammad Sanusi, berkata untuk anggaran perbelanjaan pembangunan 2022 pula, dicadangkan peruntukan bagi Kumpulan Wang Pembangunan berjumlah RM218.31 juta iaitu peningkatan ketara sebanyak RM17.41 juta dalam usaha memastikan pembangunan seimbang di seluruh negeri.

Katanya, ia juga bagi memastikan perancangan projek yang tidak dapat diselesaikan akibat COVID-19 dapat disempurnakan.

"Peningkatan perbelanjaan Kumpulan Wang Pembangunan adalah sebanyak 8.66 peratus berbanding tahun 2021.

"Selain itu, pihak saya mencadangkan peruntukan bagi anggaran perbelanjaan Kumpulan Wang Pembangunan Hutan 2022 berjumlah RM8.96 juta iaitu peningkatan sebanyak 10.6 peratus berbanding tahun ini sebagai sebahagian usaha memulih dan memelihara sumber biodiversiti.

"Untuk anggaran perbelanjaan Kumpulan Wang Bekalan Air 2022 pula, saya mohon mencadangkan peruntukan sejumlah RM308.14 juta dimasukkan sebagai peruntukan di bawah Kumpulan Wang Perbelanjaan Bekalan Air.

"Daripada keseluruhan jumlah ini, sejumlah RM173.12 juta adalah dalam bentuk Geran Peruntukan Persekutuan berganti balik dan sejumlah RM135.02 juta daripada Kumpulan Wang Pinjaman," katanya.

Muhammad Sanusi menjelaskan peruntukan itu disediakan bagi meneruskan usaha kerajaan menyediakan bekalan air terawat yang berkualiti, bersih dan mencukupi bagi memenuhi keperluan permintaan air yang meningkat.

Dalam pada itu, beliau berkata bagi anggaran hasil 2022 pula, kerajaan negeri menganggarkan hasil sebanyak RM725 juta dan daripada jumlah itu hasil cukai adalah penyumbang terbesar sebanyak RM335.91 juta atau 46.33 peratus.










Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Forum Hot Topic



Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

18-5-2022 01:47 PM GMT+8 , Processed in 2.192594 second(s), 22 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list