CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
View: 346|Reply: 0

[Pulau Pinang] 14 pasar awam Seberang Perai risiko tinggi penularan COVID-19

[Copy link]
Post time 14-11-2021 07:51 PM | Show all posts |Read mode
14 pasar awam Seberang Perai risiko tinggi penularan COVID-19[size=0.8]Oleh Nur Izzati Mohamad - November 14, 2021 @ 6:26pmbhnews@bh.com.my




BUKIT MERTAJAM: Sebanyak 14 daripada 30 pasar awam kendalian Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) dikategorikan sebagai pasar awam berisiko tinggi berikutan penularan virus COVID-19.

Pasar awam itu adalah Pasar Awam Bukit Mertajam; Pasar Awam Kampung Baru; Pasar Awam Taman Chai Leng Park; Pasar Awam Taman Selamat; Pasar Awam Sri Rambai; Pasar Apollo ; Pasar Awam Sri Bandar; Pasar Awam Bagan Ajam; Pasar Awam Tasek Gelugor; Pasar Awam Kepala Batas, Pasar Awam Taman Berjaya, Pasar Awam Bukit Panchor, Pasar Awam Perkampungan Valdor dan Pasar Awam Tambun Indah.

Justeru, Pelan Tindakan Fasa 4 Pelan Pemulihan Negara (PPN) dilancarkan pihak berkuasa tempatan (PBT) berkenaan bagi memastikan penduduk Seberang Perai mematuhi prosedur operasi standard (SOP) sekali gus mengelak penularan wabak berkenaan.

Datuk Bandar MBSP, Datuk Rozali Mohamud, berkata pelan itu membabitkan pengoperasian pasar awam dan kompleks makanan MBSP termasuk pasar malam; pasar pagi; pasar tani; uptown; kenderaan saji; taman rekreasi dan bangunan strata.

"Pelan ini mempunyai 16 tindakan secara keseluruhannya yang mana fokus diberikan kepada pasar awam serta kompleks makanan MBSP kerana terdapat 14 pasar awam dikategorikan sebagai berisiko tinggi setakat ini.

"Dalam hal ini, pematuhan SOP ketat dilaksanakan termasuk pemasangan kamera litar tertutup (CCTV) mudah alih sekiranya perlu," katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.

Jelasnya, sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), MBSP menjalankan tugasan kawalan secara tetap di pasar awam serta rondaan pemantauan harian bagi memastikan kepatuhan penduduk Seberang Perai terhadap SOP yang ditetapkan.

Ia selepas didapati penularan wabak COVID-19 yang amat membimbangkan di pasar awam hingga wujudnya beberapa kluster sebelum ini hingga terpaksa menutup operasi sementara waktu.






Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 



Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

18-5-2022 02:18 PM GMT+8 , Processed in 3.745463 second(s), 22 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list