CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1479|Reply: 0

[Perak] Rai 30 tahun kahwin macam pengantin baharu

[Copy link]
Post time 14-11-2021 07:49 PM | Show all posts |Read mode
Rai 30 tahun kahwin macam pengantin baharu[size=0.8]Oleh Noor Hidayah Tanzizi - November 14, 2021 @ 6:29pmbhnews@bh.com.my


Napisah Noor, 56, dan Abdul Latiff Abdul Rahman, 56, merakam gambar kenangan sempena ulang tahun ke-30 perkahwinan mereka dengan persalinan lengkap pengantin - NSTP/FB.




TELUK INTAN: "Saya bukan mahu menunjuk bahagia, ini sebagai kenangan saya dan suami sempena 30 tahun melayari bahtera rumah tangga," kata Napisah Noor, 56.

Gambar Napisah bersama suami, Abdul Latiff Abdul Rahman, 56, tular di media sosial memakai busana pengantin berwarna pic merakam gambar kenangan ala praperkahwinan di Langkap, di sini, sempena ulang tahun perkahwinan mereka ke-30.

Katanya, idea untuk merakam gambar itu daripadanya sendiri sebagai kejutan untuk suami sempena ulang tahun perkahwinan mereka pada 12 November lalu yang juga hari lahirnya.

Ketika dihubungi hari ini, Napisah berkata, dia mendapatkan khidmat solekan daripada anak angkatnya, Normaizatul Azawiyah yang membantu merealisasikan idea itu.

"Idea datang secara spontan dan hanya suka-suka saja untuk meraikan hari lahir dan ulang tahun perkahwinan kerana perancangan anak mahu membawa kami bercuti ke Port Dickson terpaksa ditunda.

"Saya kemudian meminta suami yang berkerja sebagai pemandu lori mengambil cuti, kononnya mahu memberikan kejutan, tetapi terpaksa memberitahu pada Rabu lalu kerana kami perlu mencuba baju pengantin," katanya yang tinggal di Kampar.

Menurutnya, suami tidak menolak, malah menyokong apa dilakukan asalkan dia gembira dan suaminya bersama anak juga memberikan kejutan hadiah kepadanya.

"Saya suka bergambar berbanding suami, dia juga jarang senyum ketika bergambar. Namun, sepanjang proses merakam gambar praperkahwinan itu, suami nampak gembira dan tersenyum, itu yang membuatkan anak-anak mengusiknya.

"Semua ini hanya untuk kenangan keluarga kami sementara masih ada masa bersama, saya mahu manfaatkan dengan detik indah selagi ia tidak melampaui batas," katanya menambah, ia juga mengembalikan memori ketika melangsungkan perkahwinan mereka dahulu dan anak juga gembira melihat mereka kembali menjadi 'pengantin'.

"Anak-anak seronok dan tak sangka saya akan buat begini. Alhamdulillah, kami juga banyak mendapat respon baik selepas gambar tular di media sosial, ada tumpang gembira dan mahu mengikut idea ini," katanya.






Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 09:50 PM GMT+8 , Processed in 0.392287 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list