CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1282|Reply: 1

[Kedah] Penyamun pecah kedai larikan kabel tembaga

[Copy link]
Post time 14-11-2021 06:40 PM | Show all posts |Read mode
Penyamun pecah kedai larikan kabel tembaga[size=0.8]Oleh Izad Thaqif Hassan - November 14, 2021 @ 6:21pmbhnews@bh.com.my


Sebuah kedai elektrik dipecah masuk penjenayah dan melarikan kabel tembaga menyebabkan kerugian sekitar RM20,000 - Gambar NSTP/Ihsan PDRM



SUNGAI PETANI: Seorang pemilik kedai barang elektrik kerugian RM20,000 selepas kabel tembaga dan peralatan membaiki motosikal dilarikan enam penyamun di premisnya di Taman Beringin Indah, di sini awal pagi tadi.

Pemilik premis terbabit menghubungi polis jam 4 pagi memaklumkan kedainya dipecah masuk dan sepasukan anggota bergegas ke lokasi.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah berkata, polis mendapati terdapat kesan umpil dan pecah masuk pada pintu jeriji dan 'shutter' di premis terbabit.

Menurutnya, anggota polis yang menjalankan siasatan mendapati kabel tembaga dan peralatan membaiki motosikal turut dilarikan penjenayah.

"Hasil semakan melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mendapati enam lelaki memecah masuk premis berkenaan dan melarikan kabel tembaga menggunakan sebuah lori.

"Rakaman CCTV itu juga menunjukkan tiga suspek menaiki lori manakala selebihnya menunggang tiga motosikal namun jenis dan nombor pendaftaran tidak dapat dikenal pasti," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Adzli berkata, lori berkenaan dikesan ditinggalkan suspek di tepi jalan Kampung Lebai Man iaitu kira-kira satu kilometer dari kedai yang dipecah masuk mereka.






Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-11-2021 03:29 AM | Show all posts
geng dh ramai curi wayar ja? kes salah masuk kedai nie
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 12:24 PM GMT+8 , Processed in 0.066281 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list