CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1303|Reply: 4

[Sabah] Covid19 14/11/2021

[Copy link]
Post time 14-11-2021 04:33 PM | Show all posts |Read mode
*Sabah    442    (497)*
*Malaysia  5,162 (5,809)*

Kota Belud 54 (23)
Ranau 51 (30)
Tuaran 46 (61)
Kota Kinabalu 42 (80)
Kinabatangan 36 (15)
Tenom 26 (29)
Papar 21 (33)
Kota Marudu 20 (35)
Keningau 18 (22)
Penampang 15 (42)
Sipitang  15 ( 12)
Beaufort 15 (19)
Putatan 15 (11)
Lahad Datu 12 ( 8 )

Tambunan 8 (13)
Beluran 8 (3)
Sandakan 8 (13)
Tawau 8 (7)
Kuala Penyu 6 ( 8 )

Telupid 5 (6)
Pitas 3 (5)
Kudat 3 (16)
Semporna 2 (1)
Kunak 2 (3)
Tongod 2 (0)
Kalabakan 1 (2)
Nabawan 0 (0)

*Angka  dalam kurungan adalah jumlah kes kelmarin ( 13/11/2021)*

*Kluster Baharu *
        - Tiada -

*RUMUSAN HARIAN*
           (14/11/21)

*Jumlah kes harian bagi negeri Sabah meneruskan trend penurunan dengan 442 kes hari ini, yakni kurang 55 kes berbanding jumlah kelmarin.*

*Secara keseluruhan terdapat pengurangan kes yang didaftar di banyak daerah kecuali Kota Belud (+31), Ranau ((+21) dan Kinabatangan (+21) yang kembali naik secara mendadak. Malah, Kota Belud mencatat jumlah kes yang tertinggi di Sabah hari ini dengan 54 kes, diikuti oleh Ranau dengan 51 kes.*

*Kota Kinabalu adalah antara daerah2 yang mencatatkan penurunan ketara hari ini dengan 42 kes (-38), Tuaran (-15), Kota Marudu (-15) dan Penampang (-27).*

*Statistik harian kita banyak dipengaruhi oleh tahap sikap pematuhan rakyat kepada SOP. Ini boleh dilihat daripada peratusan kes2 sporadik yang turun naik setiap hari. Kes2 sporadik yang juga dikenali sebagai saringan kes2 bergejala merupakan 33.3% daripada jumlah kes hari ini, satu peratusan yang tinggi walaupun kurang sedikit daripada peratusan kelmarin (36.2%).*

*Bukan semua kes yang dilaporkan setiap hari berlaku dalam tempoh 24 jam yang lalu. Jumlah kes yang dilaporkan juga termasuk kes2 jangkitan yang telah berlaku lebih awal daripada tempoh 24 jam yang lalu tetapi keputusan saringan hanya dilaporkan dan dimasukkan dalam statistik hari ini. Ini disebabkan antara lain masalah lojistik JKNS dan masa yang diperlukan untuk membuat pengesahan (verifikasi) setiap kes, khususnya daripada daerah2 yang jauh. JKNS mahu pastikan agar kesahihan setiap kes tidak menimbulkan seberang keraguan.*

*Kesemua kes di Kota Belud (54) yang dilaporkan hari ini berlaku diluar tempoh 24 jam yang lalu, yakni 2 hari atau lebih lama. Sebanyak 36 daripada 42 kes di Kota Kinabalu juga sedemikian, 14 daripada 26 kes di Tenom, 16 daripada 36 kes di Kinabatangan dan 12 daripada 15 kes di Penampang. Mengikut statistik, cuma 232 (52.5%) daripada 442 kes di Sabah hari ini berlaku dalam tempoh 24 jam yang lalu.*

*Keberkesanan vaksin dibuktikan melalui  statistik harian kategori pesakit. Jumlah mereka yang mengalami gejala serius akibat jangkitan virus Covid kekal rendah. Hari ini cuma seorang pesakit bagi setiap kategori 3, 4 & 5. Selain daripada 13 kes yang masih dalam siasatan lanjut JKNS, kes2 selebihnya (426 daripada 442) adalah dalam kategori 1 & 2. Kategori 1 & 2 adalah jangkitan yang tidak bergejala atau bergejala ringan dan tidak memerlukan rawatan di hospital.*

                      *-MPL-*




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 14-11-2021 04:45 PM | Show all posts





Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-11-2021 04:56 PM | Show all posts
Covid-19 Sabah: ‘Trend’ penurunan kes berterusan hari ini

Kota Kinabalu: Kes harian Covid-19 di Sabah terus menunjukkan ‘trend’ penurunan dengan sebanyak 442 kes hari ini, turun 55 kes berbanding 497 kes semalam.

Jurucakap perkembangan harian Covid-19 Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun, berkata secara keseluruhan terdapat pengurangan kes yang direkodkan di kebanyakan daerah.

Bagaimanapun, katanya tiga daerah mencatat peningkatan ketara dengan Kota Belud mencatat kenaikan tertinggi sebanyak 31 kes kepada 54 kes hari ini, menjadikannya daerah mencatat paling banyak kes di Sabah, hari ini.

Katanya, ia dikuti daerah Ranau yang mencatat peningkatan 21 kes kepada 51 kes hari ini dan Kinabatangan juga meningkat 21 kes kepada 36 kes hari ini.

“Kota Kinabalu adalah antara daerah yang mencatat penurunan ketara hari ini dengan 42 kes (-38), Tuaran (-15), Kota Marudu (-15) dan Penampang (-27),” katanya dalam kenyataan petang ini.

Beliau berkata, statistik harian Covid-19 di Sabah banyak dipengaruhi tahap sikap pematuhan rakyat kepada prosedur operasi standard (SOP).

Katanya, ia boleh dilihat daripada peratusan kes sporadik atau kes yang dikesan melalui saringan beegejala yang turun naik setiap hari dengan 33.3 peratus direkodkan hari ini

“Jumlah kes yang dilaporkan termasuk kes jangkitan yang berlaku lebih awal daripada tempoh 24 jam yang lalu tetapi keputusan saringan hanya dilaporkan dan dimasukkan dalam statistik hari ini.

“Ini disebabkan antara lain masalah logistik JKNS dan masa yang diperlukan untuk membuat pengesahan (verifikasi) setiap kes, khususnya dari daerah yang jauh. JKNS mahu pastikan agar kesahihan setiap kes tidak menimbulkan sebarang keraguan,” katanya.

Masidi berkata, semua kes di Kota Belud yang dilaporkan hari ini berlaku di luar tempoh 24 jam yang lalu, iaitu dua hari atau lebih lama.

Katanya, sebanyak 36 daripada 42 kes di Kota Kinabalu juga lewat didaftarkan, diikuti 14 daripada 26 kes di Tenom, 16 daripada 36 kes di Kinabatangan dan 12 daripada 15 kes di Penampang.

Mengikut statistik, Masidi berkata hanya 232 kes (52.5 peratus) daripada 442 kes di Sabah hari ini berlaku dalam tempoh 24 jam yang lalu.

Dalam pada itu, Masidi berkata masing-masing hanya seorang pesakit bagi Kategori 3, 4 dan 5 direkodkan hari ini, manakala 426 kes adalah dalam Kategori 1 dan 2 iaitu jangkitan yang tidak bergejala atau bergejala ringan dan tidak memerlukan rawatan di hospital.

Deasoka


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-11-2021 07:56 PM | Show all posts
442 kes baharu COVID-19 di Sabah

KOTA KINABALU: Sabah merekodkan 442 kes baharu COVID-19 hari ini dengan penurunan sebanyak 55 kes berbanding hari sebelumnya.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Panglima Masidi Manjun berkata, secara keseluruhan terdapat pengurangan kes yang didaftar di semua daerah kecuali Kota Belud (+31 kes), Ranau (+21 kes) dan Kinabatangan (+21 kes) yang kembali naik secara mendadak.

"Malah, Kota Belud mencatat jumlah kes yang tertinggi di Sabah hari ini dengan 54 kes, diikuti oleh Ranau dengan 51 kes.

"Kota Kinabalu adalah antara daerah yang mencatatkan penurunan ketara hari ini dengan 42 kes (-38), Tuaran (-15), Kota Marudu (-15) dan Penampang (-27)," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata, statistik harian di Sabah banyak dipengaruhi oleh tahap sikap pematuhan rakyat kepada Prosedur Operasi Standard (SOP).

Katanya, ia boleh dilihat daripada peratusan kes-kes sporadik yang turun naik setiap hari.

"Kes-kes sporadik yang juga dikenali sebagai saringan kes-kes bergejala merupakan 33.3 peratus daripada jumlah kes hari ini. Satu peratusan yang tinggi walaupun kurang sedikit daripada peratusan kelmarin (36.2 peratus).

"Bukan semua kes yang dilaporkan setiap hari berlaku dalam tempoh 24 jam yang lalu. Jumlah kes yang dilaporkan juga termasuk kes-kes jangkitan yang telah berlaku lebih awal daripada tempoh 24 jam yang lalu tetapi keputusan saringan hanya dilaporkan dan dimasukkan dalam statistik semalam," katanya.

Menurutnya, keberkesanan vaksin dibuktikan melalui  statistik harian kategori pesakit. Jumlah mereka yang mengalami gejala serius akibat jangkitan COVID-19 kekal rendah.

Katannya, hari ini cuma seorang pesakit bagi setiap kategori 3, 4 dan 5. Selain daripada 13 kes yang masih dalam siasatan lanjut Jabatan Kesihatan Negeri Sabah.

"Kes-kes selebihnya (426 kes daripada 442 kes) adalah dalam kategori 1 dan 2. Kategori 1 dan 2 adalah jangkitan yang tidak bergejala atau bergejala ringan dan tidak memerlukan rawatan di hospital," katanya.


credit

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-11-2021 08:32 PM | Show all posts






Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 03:13 PM GMT+8 , Processed in 0.191316 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list