CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1689|Reply: 0

Aguero nafi sedia bersara

[Copy link]
Post time 14-11-2021 11:55 AM | Show all posts |Read mode

AGUERO menafikan bahawa keadaan kesihatannya menyebabkan dia terpaksa membuat keputusan untuk bersara awal. – AFP

Aguero nafi sedia bersara

BARCELONA – Penyerang utama Barcelona, Sergio Aguero menafikan bahawa dia mengalami masalah kesihatan yang kritikal sehingga perlu bersara dalam masa terdekat, sebaliknya mahu berfikiran positif bakal kembali ke lapangan bola sepak tidak lama lagi.

Sebagai rekod, Barcelona sebelum ini mengesahkan bahawa mereka bakal kehilangan khidmat Aguero sekurang-kurangnya tiga bulan ekoran mengalami masalah di bahagian jantung.

Situasi ini susulan penyerang antarabangsa Argentina itu me­ngadu sukar bernafas pada aksi La Liga bertemu Alaves bulan lalu sehingga dikejarkan ke hospital serta-merta.

Keadaan bertambah parah apabila dakwaan tular mengatakan Aguero bakal ­me­ng­umumkan persaraan dalam masa terdekat selepas disahkan mengalami sakit jantung yang serius.

Namun, bekas penyerang Manchester City itu mengeluarkan kenyataan serta-merta mengenai keadaan semasanya dan mahu peminat bersabar memandangkan pegawai perubatan masih melakukan ujian.

“Saya dengar dakwaan bahawa saya akan bersara adalah tidak benar. Kita perlu menghormati pegawai perubatan yang bekerja keras membantu saya dengan jangkaan keputusan hanya boleh diketahui selepas 90 hari. Kita perlu kekal positif,” katanya.

Aguero yang menyertai kelab The Catalans secara percuma daripada City pada jendela perpindahan musim panas lepas hanya mampu menjaringkan satu gol dalam lima penampilan ketika bertemu Real Madrid pada pertembungan El Clasico bulan lalu.

Sementara itu, pe­ngurus The Citizens, Pep Guardiola sebelum ini mengakui risau dengan situasi yang melanda Aguero tetapi dalam masa yang sama percaya, bekas penyerang Atletico Madrid itu akan mendapat rawatan terbaik.

“Kami sedia maklum dengan insiden yang me­nimpa Aguero dan berharap semoga dapat pulih sepenuhnya dan kembali ke padang secepat mungkin,” katanya.
– AGENSI

Sumber:https://www.kosmo.com.my/2021/11/14/aguero-nafi-sedia-bersara/

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 03:11 AM GMT+8 , Processed in 0.073040 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list