CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1970|Reply: 5

[Borneo] [Kenali Borneo] Kolam Air Panas Merarap Lawas

[Copy link]
Post time 14-11-2021 08:13 AM | Show all posts |Read mode
Thread berkaitan :
https://b.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=5004941








Jika di Kampung Meritam, Limbang adanya kewujudan “Lumpur Bebuak” yang juga sebenarnya mempunyai kaitan dengan gunung berapi dan mungkin ramai tidak mengetahui bahawa ada satu lagi “hidden paradise” di Limbang iaitu Kolam Air Panas Merarap, Sg Trusan, Lawas.  Kolam air panas ini terletak kira-kira 70 km dari Bandar Lawas dan kira-kira setengah perjalanan untuk ke Ba Kelalan.  


Seperti Lumpur Bebuak Sungai Meritam yang mempunyai istilah sainsnya tersendiri maka begitulah juga dengan pembentukan kolam air panas atau mata air panas.  Menurut istilah sainsnya dikatakan bahawa ianya merupakan satu fenomena alam yang terbentuk apabila air di permukaan bumi menyerap masuk ke bawah tanah.  Kemudian air ini dipanaskan (boleh sehingga ke takat didih) oleh batuan-batuan panas (magma) yang kemudian mengalirkannya semula ke permukaan bumi.

Melihat kepada pengistilahan dari terma sainsnya sahaja sudah menunjukkan betapa istimewanya setiap kolam air panas yang terbentuk di Sarawak.  Kolam air panas Merarap di Sungai Trusan misalnya sudah tentu menyimpan pelbagai keistimewaan yang tersendiri kerana ramai telah mengetahui betapa baiknya untuk sentiasa mengamalkan mandi spa di kolam air panas yang sebenarnya antara rawatan kuno sejak dahulu lagi.  

Mengimbau sejarah penemuan kolam air panas Merarap ini dikatakan telah ditemui oleh seorang anak Lun Bawang bernama Alfred Padan.  Beliau juga merupakan seorang pekerja kepada syarikat pembalakan di Lawas dan menjelajah hutan mencari kayu-kayu yang sesuai itu biasa bagi beliau.

Melihat kepada potensi kolam air panas ini, Alfred Padan telah mengambil inisiatif sendiri untuk memajukan kolam air panas Merarap memandangkan ianya terletak di tanah miliknya sendiri.  Beliau telah melaburkan modalnya sendiri dengan memajukan kolam air panas umpama resort atau enap desa tersendiri.  Beliau juga telah membina jalan raya nya sendiri bagi memudahkan pelancong-pelancong untuk singgah di kolam air panasnya.
  
Dibuka secara rasminya pada April 2006, Kolam Air Panas Merarap ini semakin maju dan menjadi antara destinasi pelancongan yang unik memandangkan ianya juga mendapat sentuhan layanan mesra cara etnik Lun Bawang iaitu salah satu etnik yang ramai mendiami bumi Lawas sejak dari dahulu lagi.



credit


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 14-11-2021 08:17 AM | Show all posts
Merarap Hot Spring Retreat




One of the hidden paradises in the northern region of Sarawak that should be discovered by every traveler especially those who longing for a place to relax, peaceful environment and also to recharge after a long days of adventure!

The Merarap Hot Spring Retreat is located about 70 km from Lawas town, and just 3 hours from the Penawan Waterfalls Eco-Park. Built on a 5-acre rustic environment, surrounded by pristine jungle, it is an ideal place to seek rest and recreation. This is a place to sample Lun Bawang hospitality, the main ethnic community in this region.

The hotspring water is piped from a nearby mountain source and four different dip pools with a natural blue hue and different water temperatures which ensures a complete spa experience, easing visitors into higher and higher temperatures. Private baths are also available.

The fast flowing Trusan river that runs along side it provides angling opportunity and white water kayaking thrills. You can also have a lovely meal next to the lush jungle settings, with fresh air and the sound of rushing water just a stone’s throw away. This is also the perfect place for yoga practioners.

credit

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-11-2021 08:21 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-11-2021 08:23 AM | Show all posts

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2022 05:05 PM | Show all posts
Boleh ceritakan macam mana suasana Dan pemandangan did sana
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2022 05:05 PM | Show all posts
Boleh ceritakan macam mana suasana Dan pemandangan di sana
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 09:47 PM GMT+8 , Processed in 0.129292 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list