CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1269|Reply: 1

[Perlis] Penganggur direman dua hari curi burung kakak tua

[Copy link]
Post time 13-11-2021 09:30 PM | Show all posts |Read mode
Penganggur direman dua hari curi burung kakak tua
| | 13 November 2021

Suspek ditahan pada jam 11.30 pagi hari sama di rumahnya di Kampung Datuk Kayaman bersama burung kakak tua tersebut. - Foto Awani


KANGAR - Seorang penganggur direman dua hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes kecurian seekor burung kakak tua jenis Grey African Parrot di sebuah rumah di Beseri.


Perintah reman dikeluarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Kangar, Suazira Mohd Surat sehingga 14 November bagi membantu siasatan.


Ketua Polis Daerah Padang Besar, Superintendan Saifudin Aslin Abas berkata, dalam kejadian jam 4 pagi Jumaat, mangsa terdengar burung peliharaannya berbunyi dengan kuat lalu.


Selepas membuat pemeriksaan di luar rumah, mangsa mendapati burung peliharaannya di dalam sangkar telah dicuri.


Selepas beberapa jam laporan dibuat mangsa di Balai Polis Daerah Padang Besar, suspek telah berjaya ditahan pada jam 11.30 pagi hari sama di rumahnya di Kampung Datuk Kayaman bersama burung kakak tua jenis African Grey Parrot tersebut.


Menurut Saifudin, pemeriksaan terhadap nombor penandaan pada kaki burung itu didapati ia sama dengan nombor penandaan yang terdapat di dalam lesen dari Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) yang telah dikeluarkan kepada pemilik.


Katanya, nilai pasaran burung kakak tua terbabit dianggarkan RM3,300.


Hasil pemeriksaan air kencing juga terhadap lelaki berusia 44 tahun itu mendapati positif dadah jenis methamphetamine.


Kes disiasat di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum sehingga 10 tahun dan denda. - Awani


Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... ri-burung-kakak-tua
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-11-2021 01:22 AM | Show all posts

cnp dr tenet..abaikan model tu...cantikkan burung tu ptt mahal...perhilitan control heheee



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 05:11 PM GMT+8 , Processed in 0.066499 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list