CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1208|Reply: 0

[Kedah] Sebuah PPS di Kedah ditutup, dua masih dibuka

[Copy link]
Post time 13-11-2021 09:19 PM | Show all posts |Read mode
Sebuah PPS di Kedah ditutup, dua masih dibuka
NURUL HIDAYAH HAMID | | 13 November 2021


Anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) Pendang memantau paras air Sungai Pendang di Kampung Seberang Pendang pada Sabtu.


ALOR SETAR - Sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) di daerah Kubang Pasu ditutup sepenuhnya dan hanya dua PPS di daerah Pendang yang masih dibuka setakat jam 12 tengah hari Sabtu.


Ketua Bahagian Sekretariat Jawatankuasa Bencana Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah, Mejar (PA) Mohd Muaz Mohd Yusof berkata, PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Malau ditutup jam 10 pagi selepas dibuka pada Selasa.


Menurutnya, seramai 22 mangsa daripada empat keluarga masih ditempatkan di SK Malau setakat jam 8 pagi Sabtu sebelum PPS itu ditutup selepas kesemua mangsa pulang ke rumah masing-masing.


"Jumlah mangsa banjir di Kedah menurun kepada 120 mangsa daripada 32 keluarga berbanding 146 mangsa dari 38 keluarga pada jam 8 pagi Sabtu selepas PPS SK Malau ditutup.


"Kesemua mangsa banjir di Pendang masih ditempatkan di Dewan Rakan Sukan Tanah Merah dan Dewan Cenderawasih setakat jam 12 tengah hari, Sabtu," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.


Sementara itu, Pegawai Pertahanan Awam Daearah Pendang, Leftenan (PA) Yuslina Yusoff berkata, beberapa kampung di Pendang dilanda banjir disebabkan hujan lebat secara berkala.


Menurutnya, antara kawasan terjejas termasuklah Kampung Sukamari dan Kampung Batu 16 di mukim Ayer Putih serta Kampung Seberang Pendang dan Kampung Pondok Haji Hussein di mukim Padang Pusing.


"Kampung Alor Punti, Kampung Banggol Besi, Kampung Tanjung Radin, Kampung Tanah Merah Dalam, Kampung Lubok Gajah dan Kampung Alor Pering di mukim Guar Kepayang turut dinaiki air.


"Selain itu, Kampung Tok Pauh, Kampung Alor Ali dan Kampung Alor Parit di mukim Bukit Raya serta Kampung Alor Pudak dan Kampung Titi Kera melibatkan mukim Tobiar juga terjejas," katanya.


Katanya, pemantauan mendapati paras air pada Sabtu adalah 2.66 meter, namun trend terkini menunjukkan paras air semakin menurun dan berada pada paras amaran dengan pergerakan air masih laju.


Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... up-dua-masih-dibuka
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 05:29 PM GMT+8 , Processed in 0.512853 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list