CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
View: 405|Reply: 0

[Kedah] Kaji semula dasar industri arak, judi

[Copy link]
Post time 13-11-2021 09:08 PM | Show all posts |Read mode
Kaji semula dasar industri arak, judi
ROSLINDA HASHIM | | 13 November 2021


Mohd Azmi Abdul Hamid

ALOR SETAR - Kempen Selamatkan Keluarga Malaysia daripada arak dan judi (SAJI) dilancarkan bagi mendedahkan impak negatif gejala itu selain menyampaikan mesej kepada kerajaan agar mengkaji semula dasar berkaitan kedua-dua industri terbabit.


Pengerusi kempen, Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, kempen yang digerakkan oleh tiga pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu turut menggesa kerajaan mewujudkan dasar lebih pro-kesihatan selain menggubal undang-undang lebih ketat berkaitan industri arak dan judi.


Menurutnya, antara agenda kempen termasuk mendesak kerajaan meningkatkan cukai dan fi lesen arak dan judi, selain menyerahkan memorandum menolak arak serta judi kepada ahli Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk menyokong kempen sehingga diangkat ke peringkat perundangan dan dasar negara.


“Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) bersama Persatuan Persaudaraan Muslimah Malaysian (Salimah) dan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) akan jelajah ke setiap negeri untuk menggerakkan rangkaian 1,000 aktivis kempen ini.


"Kami turut mempelawa NGO untuk menjayakan kempen ini sebagai agenda penting membentuk Keluarga Malaysia ke arah sifar arak dan judi,” katanya kepada Sinar Harian pada Sabtu.


Dalam pada itu, Mohd Azmi yang juga Presiden Mapim berkata, kempen digerakkan susulan gejala arak dan judi telah merosakkan masyarakat selain memberi kesan negatif terhadap kesihatan, kestabilan keluarga, bebanan ekonomi, jenayah serta keselamatan awam.


“Kami mahu bersihkan gejala arak dan judi daripada setiap Keluarga Malaysia.


Walaupun ada pandangan mendakwa hak minum arak dan berjudi hanya dalam kalangan bukan Muslim, namun keutamaan untuk melahirkan negara berbudaya sihat dan harmonis harus menjadi agenda utama.


Tabiat itu bukan lagi hak jika dikaitkan dengan gejala yang menjejaskan kesihatan dan keamanan sosial,”jelasnya.


Menurutnya, kempen SAJI membawa mesej jelas yang menekankan perlunya kualiti kehidupan keluarga dipelihara dan antara keutamaan dengan mengekang gejala arak serta judi daripada merosakkan keharmonian keluarga.


“Malaysia tidak perlu kedua-dua industri ini jika mahu maju.


Melahirkan generasi ketagihan arak dan judi berlawanan dengan konsep kesyukuran Keluarga Malaysia.


Jika benar kerajaan mahu keluarga sihat, arak dan judi perlu dibanteras,” katanya lagi.


Mohd Azmi memaklumkan, rakyat Malaysia berbelanja sekitar RM2 bilion setahun untuk minum arak dan berada di tangga ke 10 dunia dalam populasi tertinggi minum arak.


"Melalui enam lesen syarikat judi yang dikeluarkan oleh kerajaan bagi Number Forcast Operators (NFO) di Malaysia, perbelanjaan judi berjumlah RM9 bilion setahun, tidak termasuk judi tidak berlesen.


“Malaysia dilihat sebagai pasaran terpenting di Asia, malah pelaburan ditambah setiap tahun.


Perbelanjaan ke atas arak berkali ganda berbanding bajet kesihatan kerajaan setiap tahun.


"Sebagai contoh, pengeluaran samsu sahaja tidak kurang RM180 juta setahun dan ia mudah diperolehi sedangkan ia mengandungi 38 peratus alkohol,” katanya.


Menurutnya lagi, sekiranya dianggarkan satu peratus populasi rakyat Malaysia adalah penagih arak, bermakna seramai 320,000 rakyat terlibat dengan gejala itu.


“Saya percaya angka itu boleh menjadi lebih besar.


Petunjuk kepada peningkatan penggunaan arak dapat dikesan melalui cukai dikumpul oleh kerajaan dan ia meningkat setiap tahun.


Premis yang dilesenkan untuk penjualan arak juga semakin bertambah.


"Antara penyalahgunaan alkohol yang utama di negara kita ialah memandu semasa mabuk.


Selain memudaratkan kesihatan mental dan fizikal, ia turut memberi kesan kepada institusi keluarga sehingga mengheret kepada keganasan domestik rumah tangga,” ujarnya.


Beliau berkata, Keluarga Malaysia turut terdedah kepada industri perjudian yang memerangkap individu termasuk kanak-kanak.


“Gejala judi mengheret golongan miskin mempertaruhkan nasib mencari jalan pintas untuk mengatasi kesusahan hidup, namun natijahnya lebih parah.


"Rakyat Malaysia berjudi dengan nilai yang tinggi, sekitar RM9 bilion setahun.


Situasi bertambah parah dengan wujudnya judi dalam talian yang membolehkan sindiket menawarkan pelbagai jenis judi di hujung jari pengguna, termasuk kanak-kanak,” ulasnya.


Tambah beliau, kasino dalam talian juga semakin berkembang dan sukar dikawal, kini berjudi bukan setakat dalam negara malah boleh diakses sehingga di luar negara.


Kempen yang dilancarkan pada 29 Oktober itu membawa mesej ‘arak pemusnah kehidupan dan judi perosak kekeluargaan’ turut mendapat sokongan daripada 39 NGO setakat ini.


Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... -industri-arak-judi
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 



Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

23-5-2022 01:26 PM GMT+8 , Processed in 0.186671 second(s), 22 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list