CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1247|Reply: 0

[Kedah] Cikgu Hailmi dapat Anugerah Princess Maha Chakri 2021

[Copy link]
Post time 13-11-2021 08:41 PM | Show all posts |Read mode
Cikgu Hailmi dapat Anugerah Princess Maha Chakri 2021[size=0.8]Oleh Noorazura Abdul Rahman - November 13, 2021 @ 11:30ambhnews@bh.com.my


Norhailmi Abdul Mutalib, 40, ketika menerima Anugerah Princess Maha Chakri (APMC) 2021 di Konsulat Thailand di Pulau Pinang, baru-baru ini - Foto NSTP/Ihsan Pembaca




ALOR SETAR: Seorang guru luar bandar di Jerlun, Kubang Pasu berjaya menerima Anugerah Princess Maha Chakri (APMC) 2021 selepas menunjukkan pencapaian istimewa dalam bidang perguruan.

Norhailmi Abdul Mutalib, 40, berkata anugerah itu diterima pada 29 Oktober lalu di Konsulat Thailand di Pulau Pinang sekali gus membawa pulang pingat, piala, sijil dan wang tunai AS$10,000 (RM41,535).

Katanya, beliau sepatutnya menerima anugerah itu di Istana Raja di Bangkok, Thailand namun ia terpaksa dilangsungkan secara dalam talian berikutan pandemik COVID-19.

"Saya dipilih oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk menerima anugerah ini selepas menghantar pencalonan pada tahun lalu, setiap negeri perlu menghantar dua calon guru dan akhirnya nama saya disenarai pendek sebagai lima calon terbaik.

"Selepas itu saya perlu melalui sesi dokumentasi, pembentangan serta proses temuduga dan lawatan pegawai KPM ke sekolah sebelum dipilih kementerian untuk menjadi wakil negara menerima anugerah ini yang berikan oleh Yayasan Princess Maha Chakri kepada guru-guru ASEAN dan Timor Leste.

"Alhamdulillah, saya rasa bangga dipilih untuk menerima anugerah ini kerana anugerah ini membuktikan guru Malaysia pun mempunyai standard di peringkat antarabangsa selain kerja-kerja kita diiktiraf walaupun saya mengajar di sekolah luar bandar," katanya yang juga guru sains di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jerlun.

Menceritakan pengalamannya sebagai guru, Norhailmi atau lebih dikenali sebagai Cikgu Hailmi yang berasal dari Simpang Empat, Perlis, berkata pemilihan itu adalah berdasarkan pencapaian luar biasanya dalam membudayakan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) secara digital kepada pelajar, guru serta komuniti.

Katanya, program yang dilaksanakan berjaya memberi impak ke seluruh negara seperti webinar STEM yang dijalankan dengan kerjasama Agensi Nuklear Malaysia.

"Saya sentiasa mahukan suasana pengajaran yang ceria dan mampu menarik minat pelajar seiring Pembelajaran Abad ke-21 (PAK-21). Kejayaan ini adalah atas usaha saya yang berkesinambungan sejak beberapa tahun lalu.

"Ia tidak datang dengan mudah, saya perlu melatih pelajar untuk meminati STEM dengan pelbagai strategi sehinggalah kementerian memilih saya menjadi Ikon Guru Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) Malaysia 2017 dan turut dinobatkan sebagai Malaysia Best Science Teacher oleh South Asean Minister Education Organization (SEAMEO) bagi Anugerah Ki Hajar Dewantara 2018 di Bali, Indonesia.

"Malah, saya juga pernah menyertai program guru angkasa antarabangsa bersama NASA di US Space and Rocket Center, Amerika Syarikat pada September 2018.

"Selain itu, saya adalah guru pertama di Malaysia mengikuti latihan High School Teacher Programme 2019 di Pusat Penyelidikan Nuklear Eropah (CERN) di Geneva, Switzerland, pada 7 hingga 20 Julai 2019," katanya.

Anak kepada pesawah ini berkata kemuncak kejayaannya pada Mac tahun lalu adalah disenaraikan sebagai Finalis Top 50 bagi anugerah guru berprestij, Global Teacher Prize 2020 oleh Varkey Foundation yang berpusat di London.

Bagaimanapun katanya, kejayaannya tidak dapat dikecapi tanpa sokongan dan kerjasama dari warga SMK Jerlun, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kedah, KPM dan semua guru-guru di Malaysia.






Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 11:54 PM GMT+8 , Processed in 0.074514 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list