CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1262|Reply: 2

[Pulau Pinang] Warga emas ada janji temu tidak hadir divaksin dos penggalak

[Copy link]
Post time 13-11-2021 08:34 PM | Show all posts |Read mode
Warga emas ada janji temu tidak hadir divaksin dos penggalak[size=0.8]Oleh Nur Izzati Mohamad - November 13, 2021 @ 12:52pmbhnews@bh.com.my




BATU KAWAN: Kerajaan Pulau Pinang berdepan cabaran untuk meyakinkan rakyat negeri itu terutamanya golongan sasar supaya mendapatkan suntikan dos penggalak vaksin COVID-19.

Ia selepas kira-kira 40 peratus rakyat negeri itu membabitkan warga emas yang menerima janji temu melalui MySejahtera untuk dapatkan dos penggalak dilaporkan tidak hadir bagi mendapatkan pelalian berkenaan.

Ketua Menteri Chow Kon Yeow berkata, keadaan itu didapati berlaku disebabkan isu keyakinan terhadap dos penggalak serta jenama vaksin yang dilihat menjadi faktor rakyat masih belum dapat menerimanya.

"Hal ini menjadi cabaran baharu untuk kita kerana sebelum ini kita nak galak semua dapatkan vaksin dan syukurlah kita capai peratusan yang tinggi.

"Namun, bagi suntikan dos penggalak kita dapati isu keyakinan antara puncanya termasuk isu jenama vaksin yang ramai menjadi keliru dan tidak jelas.

"Ini kerana, ada penerima Sinovac mereka hendak dos penggalak juga adalah Sinovac kerana takut bercampur dengan vaksin lain dan ada juga yang mahu jenama lain sehingga akhirnya menjejaskan keyakinan masyarakat," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Penanaman Pokok Cassia Siamea di Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC), di sini, hari ini.

Jelasnya, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) juga diharapkan dapat memberikan penjelasan serta arahan terperinci berhubung suntikan dos penggalak bagi meningkatkan kesedaran dan meningkatkan keyakinan masyarakat.

"Statistik menunjukkan bahawa suntikan dos penggalak mengurangkan kadar kematian dan jangkitan terhadap virus COVID-19.

"Pada ketika ini, kumpulan sasar membabitkan warga emas dilihat amat memerlukan suntikan dos penggalak," katanya.

Dalam pada itu, Kon Yeow berkata, situasi COVID-19 di Pulau Pinang dalam keadaan terkawal apabila tiada peningkatan kes harian yang mendadak.

"Selain itu, kemasukan pesakit ke hospital, penggunaan katil wad biasa dan unit rawatan rapi (ICU) serta penggunaan ventilator menunjukkan penurunan.

"Namun, kita masih perlu berjaga-jaga kerana COVID-19 masih berada dalam komuniti dengan sentiasa patuh pada prosedur operasi standard (SOP)," katanya.






Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 13-11-2021 08:35 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2021 01:37 AM | Show all posts
hahaaahaaha..

kt oberc pun lepas 6 bulan br dos ke 3...kt mesia x smpai 3 bulan nk kena jap dah...sakit lenguh sesak napas yg 2nd pun x abis2 lagi...nie jiran aku yg ckp
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 05:41 PM GMT+8 , Processed in 0.435963 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list