CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
View: 452|Reply: 1

[Perlis] Lambakan sisa plastik pendekkan jangka hayat tapak pelupusan

[Copy link]
Post time 13-11-2021 08:22 PM | Show all posts |Read mode
Lambakan sisa plastik pendekkan jangka hayat tapak pelupusan[size=0.8][size=0.9]Aizat Sharif
am@hmetro.com.my


SISA plastik. FOTO HIASAN



Kangar: Lambakan sisa sampah dan plastik yang dilupuskan di tapak pelupusan sampah hanya akan menjadikan jangka hayat tapak pelupusan itu menjadi lebih pendek.

Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Perlis, Mohamad Fitri Said berkata, ini adalah disebabkan sifat plastik yang tidak mudah terurai akan membebankan tapak pelupusan sampah sedia ada di negara ini.

"Oleh hal demikian kita melihat kempen 'Plastic Buster' atau Hindari Plastik ini perlu diteruskan bagi menggalakkan orang ramai untuk membawa bekas sendiri yang boleh diguna semula.

"Malah, ia juga dapat menghindari penggunaan penyedut minuman (straw) dari plastik selain menggalakkan orang ramai untuk menggunakan beg yang boleh diguna semula semasa membeli belah," katanya.

Beliau demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Perasmian Sempena Hari Alam Sekitar Peringkat Perlis di Bukit Ayer, Sungai Batu Pahat, di sini, hari ini.

Katanya, diharapkan masyarakat dapat memahami dan menyedari bahawa penggunaan plastik berlebihan juga mampu menjejaskan sekitar.

"Oleh itu kita galakkan penggunaan bahan alternatif lain yang sesuai untuk mengurangkan penggunaan plastik dalam kehidupan seharian.

"Kita sebenarnya juga bekerjasama dengan pelbagai pihak dalam pemantauan terhadap lambakan sisa plastik ini di mana kerjasama dengan pihak berkuasa tempatan, SWCorp diwujudkan dalam mendidik masyarakat supaya mengubah daripada terus menerus mencemarkan alam sekitar dengan penggunaan plastik yang sukar terurai ini," katanya.

Terdahulu, Mohamad Fitri bersama Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bersama menyampaikan hadiah kepada pemenang program alam sekitar anjuran JAS Negeri Perlis yang terdiri daripada hampir 10 orang kanak-kanak sekolah seluruh Perlis.

Baginda dalam titahnya juga mengingatkan semua bahawa sikap manusia adalah tunjang dalam memastikan keharmonian alam sekitar dapat dikekalkan demi kelangsungan hidup di masa hadapan.

Disiarkan pada: November 13, 2021 @ 3:43pm






Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2021 01:44 AM | Show all posts
kes2 camnie pun x settle...apeda

https://www.malaysiakini.com/news/507735
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 



Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

27-5-2022 02:38 AM GMT+8 , Processed in 0.084411 second(s), 22 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list