CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1260|Reply: 1

[Kedah] Murid belanja guna 'kad debit' di kantin sekolah

[Copy link]
Post time 13-11-2021 08:19 PM | Show all posts |Read mode
Murid belanja guna 'kad debit' di kantin sekolah[size=0.8][size=0.9]Izad Thaqif Hassan
am@hmetro.com.my




Alor Setar: Bermula dengan keprihatinan seorang guru tentang kesedaran menjaga alam sekitar, ia kemudian menjadi ikutan semua murid dalam menjaga kelestarian semula jadi sehingga tercetusnya program kitar semula yang dapat menjana pendapatan.

Apakan tidak, 'sampah' yang dikumpul mereka akan ditimbang sebagai barang kitar semula dan hasil jualan dikreditkan ke dalam kad pintar "Recycle For Life' (RFL) milik murid terbabit.

Itu yang dilakukan Guru Bahasa Inggeris, Che Bunga Mohamed Ismail, 39, bersama lebih 1,000 murid Sekolah Kebangsaan (SK) Mergong, di sini, sejak hampir dua tahun lalu.

Che Bunga berkata, sejak aktif mengitar semula sisa pepejal, dia setakat ini sudah menebus ganjaran pembelian barang menggunakan kad pintar RFL yang berjumlah hampir RM1,000 di pasar raya terpilih sekitar negeri ini.

"Antara barang yang saya tebus menggunakan kad pintar RFL ini termasuk set cawan, periuk serta mesin pengisar dan bekalan makanan.

"Ganjaran yang diterima hasil kitar semula pelbagai barang ini sedikit sebanyak dapat membantu menjimatkan kos membeli barang-barang rumah," katanya yang ditemui di pusat operasi barang kitar semula di sekolahnya.

Menurutnya, daripada amalan yang dimulakan di rumah serta dengan sokongan bekas guru besar, Mohd Shakib Mohd Salleh dan warga SK Mergong mereka mula merealisisasikan kawasan pengumpulan barang kitar semula yang lebih efisen.

"Saya kemudian menghias bilik yang tidak digunakan sebagai pusat operasi barang kitar semula dan dengan bantuan kakitangan sekolah serta murid kami membersihkan kawasan sekitar yang dulunya dipenuhi semak.

"Sejak daripada itu, ramai yang membawa pelbagai barang kitar semula di pusat operasi dan menariknya ia dikendalikan sendiri murid yang menimbang hingga memasukkan data," katanya.

Menurutnya, usaha dilakukan bersama murid itu turut mendapat sokongan guru besar baharu, Shuhaimie Che Pa dan sehingga kini semua guru, murid serta kakitangan memiliki kad pintar RFL dan akan membawa barang kitar semula ke sekolah.

"Murid menjadi lebih seronok kerana mereka dapat menggunakan kredit tunai dalam kad pintar untuk berbelanja di kantin dan ini dapat menjimatkan lagi wang perbelanjaan harian mereka.

"Kantin sekolah ini mempunyai mesin pengimbas kad pintar dan ia amat memudahkan murid berbelanja tanpa membawa wang tunai," katanya yang juga guru penasihat Kelab Sains dan Alam Sekitar.

Menurutnya, berbanding ganjaran tunai dia sebenarnya lebih kepada mahu menerapkan budaya dengan memberi pendidikan kepada murid tentang kesedaran kitar semula barang yang tidak digunakan.

"Saya sendiri tidak sangka yang ia mendapat sambutan serta reaksi sangat baik bukan saja daripada warga sekolah ini malah ibu-bapa yang turut menggalakkan anak mereka dengan membawa barang kitar semula daripada rumah.

"Selain ganjaran tunai diperoleh, ia dapat mengajar murid mengenai kesedaran sivik buat mereka," katanya yang turut berbangga kerana sekolah terbabit memenangi tempat ketiga dalam Pertandingan Kitar Semula Sekolah-Sekolah (PERKISS) 2020/21 peringkat negeri, minggu lalu.

Che Bunga menunjukkan barang yang ditebus menggunakan wang tunai dalam kad pintar hasil kitar semula sisa pepejal. FOTO IZAD THAQIF HASSAN








Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-11-2021 01:48 AM | Show all posts
terbaik cikgu...errr segak juga ye
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 08:50 PM GMT+8 , Processed in 0.055218 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list