CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1545|Reply: 0

[Selangor] Imam kedua maut dilanggar imam pertama selepas solat Subuh

[Copy link]
Post time 12-11-2021 04:51 PM | Show all posts |Read mode
Imam kedua maut dilanggar imam pertama selepas solat Subuh
MOHD HARIS FADLI MOHD FADZIL | | 12 November 2021


Akibat panik imam satu melanggar imam kedua dan seorang lagi jemaah dalam kemalangan di pekarangan surau Taman Bukit Kajang pada awal pagi Khamis.


KAJANG - Seorang imam kedua sebuah surau di Taman Bukit Kajang, di sini maut manakala seorang lagi jemaah parah dilanggar kereta yang hilang kawalan dipandu imam pertama surau berkenaan selepas selesai menunaikan solat Subuh pada Khamis.


Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Selangor, Superintendan Azman Shari'at berkata, dalam kejadian jam 6.30 pagi itu, imam pertama berusia 76 tahun tersebut melanggar kenderaan lain ketika mengundurkan keretanya.


"Imam pertama yang memandu Perodua Myvi itu panik lalu menggerakkan kenderaannya ke depan sehingga hilang kawalan dan melanggar dua mangsa yang sedang berada di pekarangan surau.


"Mangsa yang berusia 78 tahun itu meninggal dunia di tempat kejadian dan seorang lagi jemaah dikenali sebagai Muhammad, 76, patah lutut kanan dan pergelangan kaki kiri sebelum dikejarkan ke hospital dengan ambulans," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.


Azman memberitahu, siasatan lanjut masih dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.


Dalam pada itu, beliau menasihatkan orang ramai supaya sentiasa berhati-hati ketika berada di jalan raya dan memastikan keadaan fizikal dan mental berada pada tahap terbaik sebelum memandu.


"Bagi pemandu berusia, mungkin ada keperluan untuk melakukan pemeriksaan kesihatan demi memastikan kesesuaian untuk memandu," ujarnya.



Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... selepas-solat-Subuh
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 11:37 PM GMT+8 , Processed in 0.081216 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list