CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1211|Reply: 1

[Pulau Pinang] Dos penggalak: 40 peratus tidak hadir janji temu di Pulau Pinang

[Copy link]
Post time 12-11-2021 03:17 PM | Show all posts |Read mode
Dos penggalak: 40 peratus tidak hadir janji temu di Pulau Pinang
SYAJARATULHUDA MOHD ROSLI | | 12 November 2021


Data prestasi pemberian suntikan dos penggalak (booster) yang dikeluarkan Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang (JKNPP) sehingga Khamis adalah seramai 23,129 penerima. - Foto Bernama


GEORGETOWN - Sebanyak 40 peratus penerima janji temu dos penggalak melalui aplikasi MySejahtera tidak hadir untuk menerima suntikan dos itu di Pulau Pinang.


Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, data prestasi pemberian suntikan dos penggalak (booster) yang dikeluarkan Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang (JKNPP) sehingga Khamis adalah seramai 23,129 penerima.


Sehubungan itu, beliau berkata, sebanyak 26 fasiliti swasta baharu bakal tersenarai sebagai pusat pemberian suntikan dos penggalak tambahan kepada 47 buah yang ada pada masa ini.


"Menerusi Mesyuarat Jawatankuasa Khas Keselamatan Negeri (JKKN) Pulau Pinang – Menangani Wabak Covid-19 pada pagi Jumaat, beberapa ketetapan telah diputuskan antaranya menambah fasiliti swasta sebagai pusat pemberian suntikan dos penggalak.


"JKNPP juga menerima dua permohonan untuk mewujudkan Health Care Organisation (HCO) pusat pemberian suntikan dos penggalak di dewan yang lebih besar dengan kapasiti lebih 1,000 suntikan setiap sehari," katanya dalam satu kenyataan akhbar pada Jumaat.


Tambahnya, pelbagai agensi berganding bahu dalam meningkatkan keyakinan masyarakat untuk mendapatkan dos berkenaan.


"Tumpuan turut diberikan kepada kes-kes suntikan dos kedua termasuk kes yang tercicir," katanya.


Kon Yeow berkata, dalam mesyuarat itu juga, JKNPP turut menekankan bahawa penularan jangkitan Covid-19 masih berlaku dalam komuniti.


"Oleh demikian, umum digalakkan untuk mengamalkan Kesihatan Awam Kendiri/TRIIS (Test, Report, Inform, Isolate, Seek) khususnya dan segera membuat ujian saringan sama ada secara kendiri atau di fasiliti kesihatan berhampiran sekiranya mengalami simptom-simptom jangkitan.


"Ia bagi mengawal penularan di peringkat awal selain merupakan kunci bagi mengawal perebakan varian Delta yang turut dikesan di negeri ini. Secara keseluruhan, Pulau Pinang mencatatkan penurunan kes Covid-19 dan kes kematian yang sangat ketara berbanding catatan tertinggi yang dilaporkan pada September lalu," katanya.


Ujarnya, bagi memastikan ia terus terkawal, semua pihak khususnya mereka yang positif dan menerima arahan Home Surveillance Order (HSO) menerusi aplikasi MySejahtera walaupun tanpa gelang merah jambu secara fizikal adalah ditegaskan supaya mengikut arahan dikeluarkan.


"Masyarakat juga diminta supaya membuat laporan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) sekiranya mengesan sebarang pelanggaran oleh individu-individu berkenaan.


"Kepelbagaian pendekatan, strategi dan penyelarasan bersepadu yang dilaksanakan melalui pelbagai medium dan agensi dalam tempoh dua tahun ini telah berjaya meletakkan Pulau Pinang dalam Fasa Empat Pelan Pemulihan Negara (PPN) bermula Isnin lalu.


"Sekali lagi saya meminta semua rakyat Pulau Pinang agar tidak lalai dan leka kerana perjuangan menentang wabak Covid-19 belum berakhir memandangkan virus tersebut masih lagi wujud dalam kalangan masyarakat," katanya.



Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... emu-di-Pulau-Pinang
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-11-2021 08:47 PM | Show all posts
tak dapat pun lagi appt ..

mostly skrg ni yg dah dapat frontliners ...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 11:40 PM GMT+8 , Processed in 0.592410 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list