CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 749|Reply: 1

Markless Komii harumkan nama Malaysia

[Copy link]
Post time 12-11-2021 07:15 AM | Show all posts |Read mode
MARKLESS Komii membalas kepercayaan diberikan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dengan mengharumkan nama Malaysia apabila merangkul kejuaraan Festival Bola Sepak Pantai Persekutuan Bola Sepak Asean (AFF) 2021 yang berlangsung di Pattaya, Thailand.

Pasukan dari Terengganu ini muncul juara apabila mengekalkan rekod tanpa kalah setelah mengatasi lawan Thailand A, Thailand B dan All Star Inter dalam semua perlawanan yang diadakan secara liga sepusingan bermula dari 7 hingga 11 November.

Markless Komii menyingkap kempen langkah kanan apabila mengatasi cabaran All Star Inter yang dibarisi dalam kalangan pemain terbaik Liga Bola Sepak Pantai Thailand, 13-1.

Bagaimanapun pada perlawanan kedua, Markless Komii berdepan ujian sebenar apabila berdepan tentangan sengit Thailand A sebelum berjaya menjinakkan pasukan pilihan itu, 5-4.

Kemenangan ke atas pasukan pilihan itu ternyata satu tonik mujarab untuk perlawanan ketiga apabila Markless Komii berjaya menewaskan Thailand B, 5-3 sekali gus menjulang trofi kejuaraan.

Sementara itu, jurulatih Markless Komii, Wan Adremy Indera Wan Adnan berkata, beliau sangat bangga dengan komitmen dan disiplin tinggi dalam kalangan pemain sepanjang mengharungi kejuaraan tersebut.

"Alhamdulillah, secara jujur saya sangat bangga dengan semangat juang dipamerkan para pemain yang bermain sepenuh jiwa walaupun berdepan dengan kekangan dalam membentuk pasukan yang mantap.

"Kejuaraan ini merupakan hadiah terbaik untuk para pemain Markless Komii setelah memberikan yang terbaik sejak dari hari pertama pasukan ini diberikan tanggungjawab untuk mewakili Malaysia.

"Tugasan untuk mewakili Malaysia ini hadir pada saat-saat akhir, biarpun begitu kami sahutnya sebagai satu cabaran demi maruah negara.

"Bersandarkan hanya latihan selama empat hari dengan pendekatan dan taktikal bola sepak pantai moden serta tanpa sebarang perlawanan persahabatan, alhamdulillah ini satu kejayaan cukup bermakna kepada pemain-pemain," katanya kepada Sinar Harian pada Khamis.

Ditanya kemenangan Markless Komii pencetus hala tuju baharu bola sepak pantai negara, Wan Adremy Indera berkata: "Kebanyakan pemain ini boleh pergi lebih jauh dan mampu memberi saingan kepada kuasa bola sepak pantai pada masa depan sekiranya Malaysia mempunyai Liga Bola Sepak Pantai Malaysia sendiri."

Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... umkan-nama-Malaysia
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 12-11-2021 07:16 AM | Show all posts

Pemain-pemain Markless Komii merangkul kejuaraan Festival Bola Sepak Pantai AFF 2021. - Foto Futsal Thailand
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 05:47 PM GMT+8 , Processed in 0.060554 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list