CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 433|Reply: 1

[Pulau Pinang] Kilang kicap guna botol kitar semula

[Copy link]
Post time 12-11-2021 12:10 AM | Show all posts |Read mode
Kilang kicap guna botol kitar semula [size=0.8][size=0.9]Nur Izzati Mohamad
am@hmetro.com.my


MOHD Wazir Khalid memeriksa botol terpakai yang dipercayai akan digunakan semula dalam operasi hari ini. FOTO Danial Saad.



Butterworth: Kerana mahu menjimatkan kos, sebuah kilang memproses kicap di Bagan Lebai Tahir, di sini dipercayai menggunakan botol yang dikitar semula sebelum menjual produk itu kepada pelanggan.

Ia susulan penemuan botol terpakai yang dipercayai diperoleh daripada pihak lain di kawasan terbuka kilang itu, ketika serbuan oleh Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) Jabatan Kesihatan Pulau Pinang, kira-kira 10 pagi hari ini.

Pegawai Kesihatan BKKM Mohd Wazir Khalid berkata, botol itu dibersihkan sendiri oleh kakitangan kilang berkenaan sebelum digunakan semula, namun cara pembersihannya didapati tidak mengikut spesifikasi yang ditetapkan.

"Tambahan pula, pembersihan botol dibuat secara manual yang mana pekerja akan mencuci dengan sabun biasa, kemudian diletakkan di kawasan yang boleh menyebabkan pencemaran pada produk yang dikeluarkan," katanya pada sidang media selepas mengadakan Op Bersih, di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Mohd Wazir berkata, pelbagai kesalahan lain turut ditemui di kilang berkenaan, antaranya penggunaan peralatan yang menimbulkan keraguan pihaknya.

"Kilang ini juga menggunakan gentian kaca (untuk proses perapan dan penyimpanan soya) yang berdasarkan temubual bersama pemilik, memaklumkan bahawa ia sudah diamal selama 20 tahun, manakala kilang pula sudah beroperasi 50 tahun.

"Pemeriksaan pada gentian kaca itu didapati agak lama dan dikhuatiri reput yang kita risau berlaku pencemaran fizikal selain boleh sebabkan keracunan makanan," katanya yang mengesan ranting kayu, daun dan bulu burung di kawasan proses pemerapan.

Katanya, di bahagian pengeringan soya juga menemui kulat yang boleh menyebabkan keracunan dan merisikokan kesihatan pengguna.

Selain kilang itu, Mohd Wazir berkata, pihaknya turut menyerbu premis membuat roti yang beroperasi selama enam tahun di Raja Uda, di sini selepas didapati mengabaikan kebersihan dan najis tikus turut ditemui di tempat penyimpanan dulang roti yang tidak digunakan.

"Kita juga mendapati terdapat kesan lapisan minyak pada troli dulang bertingkat dan dulang roti itu sendiri, yang boleh menitis ke atas roti mentah di bahagian bawah. Ini boleh menyebabkan pencemaran pada makanan dan keracunan," katanya.

Menurutnya, pemilik kilang kicap dan roti didapati gagal mengamalkan Program Jaminan Keselamatan Makanan (PJKM) dan sembilan kompaun berjumlah hampir RM9,000 dikeluarkan.

Tindakan penutupan selama dua minggu dikenakan mengikut Seksyen 11, Akta Makanan 1983 bagi membolehkan kedua-duanya menjalani proses pembersihan.

Disiarkan pada: November 11, 2021






Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 12-11-2021 12:12 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 02:18 AM GMT+8 , Processed in 0.099104 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list