CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 32814|Reply: 224

Suami fail permohonan untuk Nynaa kembali taat

  [Copy link]
Post time 11-11-2021 06:41 PM | Show all posts |Read mode

Fahmi dan Nynaa mendirikan rumah tangga pada 28 Ogos lalu dan tidak dikurniakan cahaya mata

Suami fail permohonan untuk Nynaa kembali taat

KUALA LUMPUR – Suami kepada pelakon Nynaa Harizal, Mohamed Fahmi Mohamed Ilyas memfailkan permohonan supaya isterinya kembali taat.

Permohonan itu difailkan Mohamed Fahmi, 29, sebagai plaintif terhadap Nynaa atau nama sebenarnya, Nurul Hanynaa Harizal ,25, selaku defendan di hadapan Penolang Pendaftar Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Noriah Zakaria.

Tarikh 1 Disember ini ditetapkan untuk sebutan semula kes terhadap permohonan itu.

Berdasarkan dokumen yang diperoleh antara permohonan plaintif, ialah defendan diperintah kembali taat dan pulang kediaman mereka di Jalan Pinang di sini.

Selain itu permohonan turut menyatakan ia bertujuan menyelamatkan pernikahan mereka supaya defendan kembali menjalankan tanggungjawab sebagai isteri dan hidup dalam kasih sayang.

Sementara itu Mohamed Fahmi ketika ditemui selepas prosiding pemfailan permohonan itu, berkata, dia bersedia dan pada bila-bila masa menerima kepulangan isterinya itu.

“I love you sayang (saya cintakan awak). Saya sentiasa ada untuk awak (Nynaa). Awak boleh hubungi saya bila-bila masa…saya harap kita dapat berjumpa dalam masa terdekat,” katanya.

Dalam prosiding hari ini, Mohamed Fahmi diwakili peguam syarie Datuk Zainul Rijal Abu Bakar.

Terdahulu bapa Nyna mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di Shah Alam atas kesalahan mengugut dengan mengeluarkan sepucuk pistol terhadap seorang lelaki pada 2 November lalu.

Harizal Hashim, 49, yang juga seorang bekas juruterbang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) berpangkat Mejar  membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Mohamad Redza Azhar Rezali.

Berdasarkan pertuduhan, Harizal yang merupakan bapa Nynaa iaitu pelakon drama ‘Kekasih Paksa Rela’ didakwa menakutkan Mohamad Nur Usry Mohd. Yusoff, 25, dengan mengeluarkan sepucuk pistol jenis CZP-07.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di tepi jalan U13/25J, Jalan Setia Perdana, Alam Nusantara, Setia Alam pada pukul 1.40 pagi pada 2 November lalu.

Mahkamah menetapkan jaminan RM3,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 30 Disember untuk sebutan.

Benang berkaitan : Nynaa Harizal ‘Diculik’ Keluarga Sendiri, Bapa Acu Pistol

Sebelum ini pada 3 november lalu KOSMO! Online melaporkan Mohamed Fahmi tidak pasti di mana keberadaan isterinya namun mengesyaki Nynaa kini berada di kediaman keluarga mertuanya di Johor selepas ‘dilarikan’ tanpa kebenarannya beberapa hari lalu.

Difahamkan, bapa kepada Nynaa yang merupakan seorang pesara tentera tidak merestui perkahwinan mereka disebabkan faktor kewangan.

Justeru, Mohamed Fahmi telah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam semalam berhubung kejadian terbabit dan meminta pihak polis menyelamatkan isterinya yang dakwanya, dilarikan secara paksa.

Fahmi dan Nynaa mendirikan rumah tangga pada 28 Ogos lalu dan tidak dikurniakan cahaya mata. -K!ONLINE

Sumber:https://www.kosmo.com.my/2021/11 ... nynaa-kembali-taat/

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-11-2021 06:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Soo citernya Nyna tak nak dah ke dekat anak mamak kepam ni dah tu kenapa ko gigih nikah jugak haritu dikk??? Ke malam pertama haritu ingatkan dapat kayu arang sekali dapat putik jagung rentung;
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2021 07:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Masing2 ikutkan takde la bbnu benar,
Nyna tu pun dah 25 tahun, laki dia pun dah nak masuk 30 thn.
Ntahlaa mcm kisah dlm novel  plak kisah dorang nih.



Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2021 07:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Fahmi dan Nynaa mendirikan rumah tangga pada 28 Ogos lalu dan tidak dikurniakan cahaya mata. -K!ONLINE

Apo ayat last tu.. sah2 baru 2 bulan kahwin, mana nk dpt anak lagi... Huhuhu
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2021 07:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau tak restu, macam mana boleh nikah? Elok je ada majlis tunang, majlis nikah.
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2021 07:26 PM From the mobile phone | Show all posts
dudaberhias replied at 11-11-2021 06:52 PM
Soo citernya Nyna tak nak dah ke dekat anak mamak kepam ni dah tu kenapa ko gigih nikah jugak hari ...

Gichew kaka dude. tapi meols pelik yach sbb nampak sheols berjimba bersama family sheols dekat ig. Meols suspicious sgt. Kalau laki heols jenis kaki pukul, report aja lah pulis. Fail la cerai.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-11-2021 07:26 PM From the mobile phone | Show all posts
fadz84 replied at 11-11-2021 07:07 PM
Fahmi dan Nynaa mendirikan rumah tangga pada 28 Ogos lalu dan tidak dikurniakan cahaya mata. -K!ONLI ...

hahahahah kan…
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2021 07:32 PM From the mobile phone | Show all posts
geram la kes ni sbb x jelas apa citenya. susah nak melahar…
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-11-2021 07:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Katanya x direstui sebab faktor kewangan tp
Gigih jugak kawen
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2021 07:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Meh sini laaa pass laki ko kat iol
Banyak songeh
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2021 07:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Fly_over replied at 11-11-2021 07:32 PM
geram la kes ni sbb x jelas apa citenya. susah nak melahar…

Sbb tulis masalah kewangan je kan.. xtau hujung pangkal.. jd pemerhati jela..
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2021 07:59 PM From the mobile phone | Show all posts
motip tak direstui atas faktor kewangan? si laki keja jadi group finance director kat company apak sendiri pon masalah kewangan jugak ke?
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2021 08:06 PM From the mobile phone | Show all posts
wanawina replied at 11-11-2021 07:26 PM
Gichew kaka dude.  tapi meols pelik yach sbb nampak sheols berjimba bersama family sheols dekat  ...

Itulah acik speku si fahmi nih tak ikut demand bapak nina tuh
Korang neh kan, asal dok bkt jelutong je orka. Kemon la pencen tudm pangkat mejar, mampu je buat loan rumah kat bkt jelutong tuh
Ini tak lain tak bukan makbapak nina bekehendak sesuatu dari perkahwinan neh
Si Nina tu pulak, dah nama anak, sekejap ikut telunjuk makbapak, sekejap ikut laki
Takde makna fahmi mamak tu nak pukoi2 nina kalo dah nama pun dok rumah agam family fahmi. Lagi pulak, si nina tuh elok je pi shooting

Part dia haplod bideo pi genting, men beskal semua tuh nampak sgt nak tunjuk mcm makbapak nina tak paksa nina balik
Walhal kalo gitu, dah nape lakinye nak jumpa bini takleh
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2021 08:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Fly_over at 11-11-2021 08:20 PM
fadz84 replied at 11-11-2021 07:55 PM
Sbb tulis masalah kewangan je kan.. xtau hujung pangkal.. jd pemerhati jela..


tula.. masalah kewangan sampai acu pistol nak larikan anak mcm tak logik, lagipun dua2 kaya.
kenapa nina ada bodyguard.. kenapa bapa dia btindak sampai keluarkan pistol nak amek anak dia balik. mcm kena ada usaha keras nak amek anak dia.
ada netizen komen nina dikelilingi gangster. gangster sapa? bapa dia punya ke laki dia punya?
sapa yg update ig nina yg latest post tu?
sekarang iols rasa mcm tgk drama turki. kawen dgn mafia, bapa dia pulak mafia dr puak lain
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2021 08:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Bapak Nynaa mengaku tidak bersalah maknanya dah kena tangkap ke camna??? TT tak de hupdate ke dari crita lama??
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2021 08:24 PM From the mobile phone | Show all posts
rasanya bcerai jgk ni… berantakan mcm ni, sampai culik menculik. kes polis, naik mahkamah. mmg forever tak ngam la mcm ni dgn mentua. kalau sbb duit je sapa nak ank pakcik lepas ni nanti kang kena acu pistol.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-11-2021 08:31 PM From the mobile phone | Show all posts
kalau awal2 x restu..kawen jugak..penyudahnya..kejap je kawen nya..nynaa pun macam x nak get back je..
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2021 08:36 PM From the mobile phone | Show all posts
fadz84 replied at 11-11-2021 07:07 PM
Fahmi dan Nynaa mendirikan rumah tangga pada 28 Ogos lalu dan tidak dikurniakan cahaya mata. -K!ONLI ...


Sbb ada edisi kalkulator. Bukan dia la
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2021 08:38 PM From the mobile phone | Show all posts
mcm2.. baru sgt kahwinnya tu
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2021 09:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Fly_over replied at 11-11-2021 08:18 PM
tula.. masalah kewangan sampai acu pistol nak larikan anak mcm tak logik, lagipun dua2 kaya.
kenap ...

Mcm cite spain dh ni nnt blh update lg ya
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 06:44 PM GMT+8 , Processed in 0.075174 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list