CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 421|Reply: 1

[Kedah] Mak Long tak sahut panggilan

[Copy link]
Post time 11-11-2021 02:37 PM | Show all posts |Read mode
Mak Long tak sahut panggilan[size=0.8][size=0.9]Harian Metro

[size=0.9]

[size=0.9]
ANGGOTA polis memeriksa kawasan rumah mangsa. Gambar kecil, Asmah.

[size=0.9]


[size=0.9]
Gurun: "Selesai solat Subuh, saya dengar ada orang bagi salam dan beritahu anak saudara kemalangan, saya minta anak pergi lihat terlebih dahulu di lokasi sebelum dia pulang dan mengatakannya sudah meninggal dunia," kata Asmah Jon, 60, adik kepada Sarah, 70.

Menurutnya, anaknya juga beritahu pihak berkuasa mahu mengesan waris namun Mak Long (Sarah) tidak menyahut ketika dipanggil di rumahnya.

Katanya, dia mula berasa tidak sedap hati kerana kakaknya tidak menyahut panggilan dan terus bergegas untuk memaklumkan kemalangan yang meragut nyawa anak Sarah itu.

"Saya memanggil nama kakak beberapa kali tetapi tiada sahutan dan terus menolak pintu namun pelik kerana tidak menemui sesiapa dalam rumah.

"Sebaik tunduk, saya terkejut apabila melihat sekujur tubuh kakak dalam keadaan terlentang diselimuti kain batik serta pelikat dengan darah berlumuran di lantai," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian di Kampung Batu 5, Jalan Jerai dekat sini, semalam.

Menurutnya, sebelum itu dia ada terdengar anak saudaranya dalam keadaan kelam-kabut menarik zink serta menunggang motosikal dengan deruman enjin yang agak luar biasa kira-kira jam 6.30 pagi.

"Saya berasa seperti mahu keluar memberi amaran kepadanya supaya menunggang motosikal dengan berhati-hati namun tidak sempat berbuat demikian kerana sedang bersiap untuk solat Subuh selain anak saudara terus memecut laju.

"Tak sangka selepas selesai solat mendapat khabar dia meninggal dunia akibat digilis lori dan kami sekeluarga langsung tidak tahu sebelum itu dia membunuh ibunya sendiri," katanya.

Menurutnya, sebelum ini memang kerap berlaku pertengkaran antara dua beranak terbabit namun kali ini tidak sangka yang ia akan berakhir dengan tragedi yang sangat menyayatkan hati membabitkan ahli keluarga mereka.

"Anak saudara saya itu memang kerap naik angin jika tidak diberikan wang atau membabitkan perkara kecil namun dia tidaklah sampai sanggup memukul atau mencederakan ibunya itu.

"Kali terakhir mereka bertengkar malam tadi (kelmarin) dan tidak sangka ia berlarutan hingga membawa kepada pembunuhan kakak dan juga tragedi yang menimpa anak saudara," katanya.

Difahamkan, lelaki itu pernah mengamuk sebelum ini kerana hanya diberikan RM2 oleh ibunya ketika dia meminta wang namun ia tidak sehingga sampai ke tahap membunuh.

Disiarkan pada: November 11, 2021 @ 7:00am






Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-11-2021 07:01 PM | Show all posts
taik dadah mcm ni takde nk kesian. dah mati tu lg baik. tak susahkan org lain.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 02:24 AM GMT+8 , Processed in 0.052473 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list