CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 391|Reply: 0

[Pulau Pinang] 124 individu berhibur rai hari jadi di pusat hiburan ditahan

[Copy link]
Post time 11-11-2021 02:16 PM | Show all posts |Read mode
124 individu berhibur rai hari jadi di pusat hiburan ditahan
SYAJARATULHUDA MOHD ROSLI | | 11 November 2021


124 individu ditahan di sebuah pusat hiburan di Pulau Tikus, Georgetown pada awal pagi Khamis.


GEORGETOWN - 124 individu termasuk 26 yang dipercayai ahli kumpulan kongsi gelap ditahan ketika sedang berhibur di sebuah pusat hiburan di Pulau Tikus di sini pada awal pagi Khamis.


Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang, Senior Asisten Komisioner Rahimi Mohd Ra’ais berkata, 26 individu tersebut dikenal pasti sebagai ahli kongsi gelap melalui tatu yang terdapat di tubuh mereka.


Menurutnya, serbuan pada jam 1 pagi itu dilakukan oleh sepasukan pegawai dan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah Bahagian Judi, Maksiat dan Kongsi Gelap (D7), Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang bersama Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut.


"Ketika serbuan, kesemua individu itu dipercayai sedang meraikan hari jadi salah seorang daripada mereka di pusat hiburan berkenaan. Kita juga mengesyaki premis tersebut terlibat dalam kegiatan kongsi gelap dan dadah.


"Seramai 124 individu ditahan iaitu 99 lelaki dan 25 wanita yang terdiri daripada warga tempatan dan asing berusia lingkungan 15 hingga 70 tahun.


"Hasil ujian air kencing yang dijalankan mendapati 21 daripada mereka positif pelbagai jenis dadah," katanya dalam satu kenyataan di Facebook PDRM Pulau Pinang pada Khamis.


Rahimi berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 269 Kanun Keseksaan (Kesalahan kecuaian yang boleh menyebabkan jangkitan penyakit merbahaya), Seksyen 43 Akta Pertubuhan 1966 (Kesalahan menganggotai pertubuhan yang menyalahi undang-undang) dan Seksyen 55B Akta Imigresen 1959/63 (Kesalahan melindungi atau menggaji pendatang asing tanpa izin).


Tambahnya, kesemua individu yang ditahan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut untuk tindakan lanjut.


Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... sat-hiburan-ditahan
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 03:41 AM GMT+8 , Processed in 0.051635 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list