CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 356|Reply: 0

[Kedah] 4 abang rogol adik ditahan polis

[Copy link]
Post time 10-11-2021 11:54 PM | Show all posts |Read mode
4 abang rogol adik ditahan polis[size=0.8][size=0.9]Zuliaty Zulkiffli
am@hmetro.com.my




Bukit Kayu Hitam: Polis menahan empat beradik lelaki di sini, yang disyaki merogol adik sendiri sejak lebih tiga tahun lalu.

Difahankan, mereka merogol mangsa berusia 13 tahun itu secara bergilir di rumah di daerah ini, sebelum kegiatan itu terbongkar baru-baru ini.

Mangsa dikatakan menceritakan perbuatan keji empat abangnya itu kepada ibunya sebelum laporan polis berhubung kejadian dibuat pada Ahad lalu.

Menurut sumber, kesemua suspek berusia antara 17 hingga 36 tahun ditahan di lokasi berasingan di daerah ini dengan dua daripada suspek ditahan, 5 petang kelmarin.

"Siasatan awal mendapati dua lagi abang mangsa turut terbabit dan mereka ditahan antara 1 hingga 4 petang semalam.

"Difahankan, empat beradik lelaki itu adalah dari bapa yang sama, tetapi berlainan ibu dengan remaja perempuan terbabit," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Kedah, Datuk Kamarul Zaman Mamat mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu dan semua suspek ditahan bagi membantu siasatan.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 376B Kanun Keseksaan 14 (A) Akta Kesalahan Seksual Kanak-Kanak 2017.

Disiarkan pada: November 10, 2021






Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 02:57 AM GMT+8 , Processed in 0.052002 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list