CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 716|Reply: 0

Zii Jia kini nombor tujuh dunia

[Copy link]
Post time 10-11-2021 09:42 PM | Show all posts |Read mode
Zii Jia kini nombor tujuh duniaNovember 10, 2021 @ 9:36pm


Pemain badminton perseorangan negara, Lee Zii Jia. - Foto AFP





KUALA LUMPUR: Jaguh perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia melonjak satu anak tangga kepada kedudukan ketujuh dalam ranking Persekutuan Badminton Dunia (BWF) selepas mengumpul 76,100 mata daripada 31 kejohanan disertainya.

Persatuan Badminton Malaysia dalam hantaran di laman Facebook hari ini turut memaklumkan pemenang pingat emas Sukan SEA 2019 itu juga berada dalam kedudukan teratas Ranking Jelajah Dunia dengan 33,960 mata.

Pemain Jepun, Kento Momota kekal selaku pemain nombor satu dunia, diikuti Viktor Axelsen dari Denmark unggul di ranking kedua manakala pemain Indonesia, Jonatan Christie turun satu tangga kepada ranking kelapan.

Selain itu, gandingan Aaron Chia-Soh Wooi Yik pula kekal di kedudukan kelapan dunia dengan 74,521 mata selepas bertanding dalam 34 kejohanan di bawah kategori beregu lelaki.

Beregu wanita negara, Pearly Tan-M.Thinaah kekal di kedudukan ke-18 dengan 50.452 mata selepas 22 kejohanan.





- BERNAMA




Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 03:43 PM GMT+8 , Processed in 0.058512 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list