CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 464|Reply: 1

[Sarawak] Covid-19 10/11/2021

[Copy link]
Post time 10-11-2021 09:11 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Vellfire at 10-11-2021 01:13 PM

Sarawak rekod 480 kes COVID-19, 12 kematian


KUCHING: Sarawak merekodkan 480 kes baharu COVID-19 hari ini yang sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan kes di negeri ini setakat ini 245,855 kes.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) berkata, daripada kes baharu itu 471 kes adalah kategori satu dan dua manakala bakinya iaitu sembilan kes merupakan kategori tiga, empat dan lima.

“Bagi peratusan daripada jumlah kes baharu itu, sebanyak 161 kes adalah kategori 1 (tiada gejala) dan 310 kes kategori dua (gejala ringan).

“Sementara tiga kes adalah kategori tiga (jangkitan paru-paru), lima kes melibatkan kategori empat (jangkitan paru-paru dan memerlukan oksigen) dan satu kes kategori lima (jangkitan paru-paru dan memerlukan ventilator),” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Jawatankuasa berkata, daerah Kuching kekal merekodkan kes harian tertinggi iaitu 158 kes diikuti Miri (86), Bintulu (28), Sibu dan Serian (27), Pusa (17), Samarahan (15), Limbang (14), Lawas dan Betong (12), Bau (11) manakala Mukah dan Simunjan (10).

Sementara daerah lain merekodkan kes di bawah 10 kecuali tujuh daerah iaitu Daro, Lubok Antu, Pakan, Marudi, Julau, Tanjung Manis dan Bukit Mabong tiada merekodkan kes COVID-19.

Jawatankuasa memaklumkan Sarawak merekodkan 12 lagi kematian akibat jangkitan COVID-19 dari tarikh 3 November hingga 9 November 2021.

Kematian berkenaan melibatkan mereka berusia antara 48 hingga 90 tahun yang mempunyai latar belakang penyakit komorbid.

Kes kematian berkenaan direkodkan tiga di Sibu, tiga di Hospital Umum Sarawak, dua di Saratok, dua di Miri dan masing-masing satu di Lawas serta Bau.

"Tiada kluster baharu diisytiharkan hari ini sementara dua lagi kluster ditamatkan iaitu Kluster Sibuluh-Nowang, Bau dan Kluster DTI Bekenu, Subis selepas tiada kes baharu dikesan atau dilaporkan dalam tempoh 28 hari yang lepas melibatkan kluster ini.

"Selain itu tiada lokaliti yang juga dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) serta ditamatkan pada hari ini," katanya.


utusanborneo.com.my/2021/11/10



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 10-11-2021 09:14 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 06:45 AM GMT+8 , Processed in 0.107630 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list