CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 681|Reply: 0

Shin Min Ah Dan Kim Woo Bin Dikhabarkan Akan Berkahwin Bulan Ini

[Copy link]
Post time 20-11-2021 07:19 PM | Show all posts |Read mode
Edited by NaylaArisha at 20-11-2021 07:19 PM




Berita gembira dari pasangan bahagia Shin Min Ah dan Kim Woo Bin yang dikhabarkan bakal disatukan pada bulan ini setelah lebih kurang 6 tahun menjalinkan hubungan percintaan. Berita ini telah tersebar sejak pertengahan tahun ini lagi, tetapi kini khabar angin tersebut timbul semula setelah salah seorang dari kenalan yang paling rapat dengan pasangan ini menyatakan mereka akan melangsungkan perkahwinan dalam masa yang terdekat.
Dikatakan mereka kini sedang sibuk membuat persiapan perkahwinan yang dijadualkan akan berlangsung pada bulan ini. Walau bagaimanapun, kedua-dua pasangan ini mahupun dari agensi mereka belum lagi memberikan sebarang penjelasan yang sahih berhubung perkara ini.
Wartawan, Choi Jung Ah mengatakan bahawa pasangan ini pernah merancang untuk berkahwin pada tahun 2020.



“Khabar dari kenalan yang rapat dengan pasangan ini pernah beritahu bahawa pada asalnya pasangan ini merancang untuk berkahwin pada 2020 namun disebabkan beberapa hal yang telah berlaku, ia ditunda ke tahun 2021.”



Laporan yang dikeluarkan oleh Koreaboo, pihak Kim Woo Bin meminta wartawan Choi Jung Ah untuk tidak menghebohkan cerita ini sehingga kesihatan Woo Bin kembali pulih sepenuhnya daripada kanser nasofaringnya. Kim Boo Win dilaporkan menghidap kanser nasofaring yang menyebabkan dia terpaksa berehat panjang dari dunia hiburan selama hampir 3 tahun.


Sepanjang proses rawatan, Shin Min Ah dikatakan tetap setia memenami kekasihnya itu dan sentiasa berada disamping Kim Woo Bin walaupun pada masa-masa  yang sukar. Inilah yang membuatkan peminat mereka semakin teruja dan menyokong untuk melihat pasangan ini disatukan.
Ramai juga netizen yang tidak sabar menunggu detik bahagia Shin Min Ah dan Kim Woo Bin. Mereka juga tidak sabar untuk melihat kedua-kedua pasangan ini berlakon bersama.
Kini pasangan Kim Woo Bin dan Shin Min Ah sedang sibuk dengan projek drama Korea yang berjudul ‘Our Blues’ yang sedang berjalan di Pulau Jeju. Selain mereka, pelakon lain yang membintangi drama ini adalah Lee Byung Hun, Han Ji Min, Cha Seung Won dan Uhm Jung Hwa.





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 04:42 AM GMT+8 , Processed in 0.056465 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list