CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 505|Reply: 0

[Kedah] Nasi bungkus percuma dapat sambutan luar jangka

[Copy link]
Post time 9-11-2021 11:21 PM | Show all posts |Read mode
Nasi bungkus percuma dapat sambutan luar jangka
SITI ZUBAIDAH ZAKARAYA | | 09 November 2021


Orang ramai beratur bagi mendapatkan nasi bungkus yang diedarkan secara percuma di Pekan Baru, Sungai Petani.

SUNGAI PETANI - Sebanyak 13,000 bungkus nasi diedarkan secara percuma sebagai tanda penghargaan kepada masyarakat dalam tempoh tiga hari sehingga esok.


Pemilik Hasani Group of Companies, Farook Hassan Mohamed Hussain berkata, edaran nasi bungkus berlaukkan dalca dan ayam masak bawang itu dimulakan pada Isnin dengan 3,000 bungkusan bermula jam 12 tengah hari hingga 2 petang.


Menurutnya, edaran diteruskan pada Selasa dengan 3,000 bungkus nasi habis dalam masa singkat menyebabkan pihaknya terpaksa menyiapkan bungkusan tambahan setelah melihat kehadiran orang ramai di luar jangkaan.


"Jam 11 pagi kita lihat orang sudah mula beratur panjang, jadi edaran bermula awal, sebelum jam 2 petang sudah habis menyebabkan kita tambah lagi nasi," katanya menganggarkan kehadiran mencecah 5,000 pengunjung pada Selasa.


Menurut Farook, 5,000 bungkus lagi akan disediakan pada Rabu bagi pengunjung yang tidak sempat hadir pada dua hari tersebut.



Petugas Nasi Kandar Hussain, Pekan Baru membungkus nasi untuk diedarkan secara percuma, bermula Isnin hingga Rabu.


"Tujuan utama ialah ingin meringankan beban masyarakat dengan menyediakan nasi percuma selain mendekatkan diri dengan pelanggan yang selama ini menyokong perniagaan kami," katanya.


Jelas beliau, hasil keuntungan syarikat disumbangkan kembali kepada masyarakat melalui pemberian nasi percuma.


Pada masa sama, katanya, edaran dibuat bagi melepaskan 'rindu' kepada pelanggan berikutan penutupan premis Husain Nasi Kandar di Pekan Baru, Sungai Petani yang masih dalam proses pengubahsuaian.


"Kita meraikan semua pengunjung tak kira bangsa, sesiapa sahaja boleh datang dan ambil, dengan pemberian ini diharapkan agar semua golongan dapat merasai nasi yang disediakan secara percuma terutama kepada mereka yang belum pernah menikmatinya," katanya.


Sementara itu, mengulas mengenai kehadiran orang ramai yang beratur panjang bagi mendapatkan nasi percuma, Ketua Polis Daerah Kuala Muda Asisten Komisioner Adzli Abu Shah menjelaskan, setiap penganjuran aktiviti perlu dititikberatkan mengenai prosedur operasi standard (SOP).


"Kedah sudah memasuki Fasa Empat Pelan Pemulihan Negara (PPN) yang membenarkan aktiviti dari pelbagai sektor beroperasi semula, namun SOP wajib dipatuhi," jelasnya.



Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... ambutan-luar-jangka
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 01:49 PM GMT+8 , Processed in 0.084421 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list