CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
View: 251|Reply: 0

[Pulau Pinang] Sabar bertahan ada manisnya

[Copy link]
Post time 9-11-2021 09:17 PM | Show all posts |Read mode
Sabar bertahan ada manisnya[size=0.8][size=0.9]Nur Izzati Mohamad
am@hmetro.com.my


Nazatul bersiap sedia menguruskan perniagaan percetakan kad kahwin. FOTO Nur Izzati Mohamad



Butterworth: Bertahan selagi boleh walaupun terpaksa menanggung kerugian teruk akibat tidak dibenarkan beroperasi.

Itu luahan Nazatul Shima Amil,30 apabila perniagaan percetakan kad kahwin yang diusahakannya tidak dapat menghasilkan sebarang pendapatan sejak awal Januari lalu selepas majlis sosial tidak dibenarkan ekoran Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Anak sulung daripada tiga beradik itu mengakui tidak berputus asa apabila melakukan kerja sampingan lain bagi menampung kos sewa kedai dan utiliti sepanjang 10 bulan perniagaannya tidak beroperasi.

"Saya sayangkan perniagaan ini kerana sudah mengusahakannya selama enam tahun dan inilah sumber utama pendapatan saya untuk membantu keluarga.

"Walaupun ada yang minta saya tutup kerana perniagaan ini sudah tidak nampak ada harapan, tetapi saya nekad untuk bertahan kerana yakin keadaan akan pulih seperti biasa.

"Tambahan pula saya nampak ada sinar selepas kerajaan melaksanakan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) untuk keluar dari wabak ini," katanya ketika ditemui di kedainya di Sungai Dua, di sini, hari ini.

Jelasnya, untuk menutup operasi juga bukan sesuatu yang mudah dan turut perlu mengeluarkan kos yang agak tinggi.

"Disebabkan itu saya tidak mahu dan buat kerja sampingan seperti menjual set kejutan untuk pelbagai keraian bagi membayar kos sewa kedai dan utiliti.

"Nak kata rugi memang saya sudah mengalami kerugian yang teruk sejak Covid-19 melanda pada Mac tahun lalu lagi tetapi dalam perniagaan itu memang sudah menjadi adat.

"Apatah lagi, sebelum membuka perniagaan ini saya pernah buat beberapa perniagaan lain dan saya alami kerugian sebelum saya jumpa perniagaan percetakan kad kahwin ini selepas belajar banyak perkara serta mendapatkan ilmu dari mereka yang pakar," katanya.

Sebelum ini, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar dilaporkan berkata, bahawa majlis sosial dalam tempat tertutup mungkin antara sektor terakhir yang akan dibuka.

Bagaimanapun, baru-baru ini, semua majlis sosial bukan berkaitan pilihan raya bagi negeri-negeri Fasa 4 Pelan Pemulihan Negara (PPN) dibenarkan dengan syarat lengkap divaksinasi dan kehadiran 50 peratus kapasiti ruang.

Nazatul Shima menarik nafas lega apabila dapat kembali menguruskan perniagaannya selepas berehat panjang.

"Ini berita yang amat ditunggu apatah lagi Pulau Pinang sudah masuk Fasa 4. Saya juga akan patuh pada prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan," katanya.

Disiarkan pada: November 9, 2021 @ 7:48pm






Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 



Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

18-5-2022 03:39 PM GMT+8 , Processed in 0.080481 second(s), 22 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list