CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 488|Reply: 0

[Pulau Pinang] JPJ keluar notis kenderaan di bahu jalan

[Copy link]
Post time 9-11-2021 09:12 PM | Show all posts |Read mode
JPJ keluar notis kenderaan di bahu jalan[size=0.8]Oleh Zuhainy Zulkiffli - November 9, 2021 @ 3:45pmbhnews@bh.com.my


JPJ mengeluarkan notis kepada pemilik kenderaan kerana menjadikan laluan berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang sebagai parkir. - Foto JPJ



BAYAN LEPAS: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengeluarkan notis kepada pemilik kenderaan berat yang diletakkan di bahu jalan, sekitar Jalan Batu Maung dan Zon Perdagangan Bebas.

Pengarah JPJ Pulau Pinang, Adenan Md Isa, berkata operasi berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang dibuat berikutan tindakan pemandu menjadikan laluan berkenaan sebagai parkir mengakibatkan laluan empat lorong menjadi sesak pada waktu puncak.

Katanya, 48 notis yang dikeluarkan kerana tindakan pemandu kenderaan berat menyebabkan pandangan pengguna jalan raya lain terhalang dan boleh berisiko berlaku kemalangan.
JPJ mengeluarkan notis kepada pemilik kenderaan kerana menjadikan laluan berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang sebagai parkir. - Foto JPJ

"Kita juga akan melakukan pemantauan berterusan di kawasan itu supaya semua pengguna jalan raya mematuhi peraturan," katanya di sini, hari ini.

Beliau berkata, notis dikeluarkan mengikut Seksyen 115(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memerlukan mereka hadir ke pejabat JPJ.

"Kenderaan berkenaan perlu mempunyai tempat parkir yang sudah disyaratkan dan tidak boleh meletakkan kenderaan di kawasan yang tidak dibenarkan, " katanya.











Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 12:29 AM GMT+8 , Processed in 0.057584 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list