CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
View: 201|Reply: 0

[Kedah] Kereta, rumah rosak akibat ribut dua jam

[Copy link]
Post time 9-11-2021 09:07 PM | Show all posts |Read mode
Kereta, rumah rosak akibat ribut dua jam[size=0.8][size=0.9]Zuliaty Zulkiffli
am@hmetro.com.my


POKOK tumbang menghempap kereta berikutan hujan lebat serta angin kencang. FOTO Ihsan APM



Sungai Petani: Hujan lebat berserta angin kencang hampir dua jam menyebabkan banyak pokok tumbang dan merosakkan bumbung rumah serta kenderaan di beberapa kampung serta kawasan perumahan di sini, hari ini.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kuala Muda, Kapten (PA) Azahar Ahmad berkata, ribut pada 3.30 petang itu itu turut mengakibatkan beberapa jalan tidak dapat dilalui oleh kenderaan disebabkan pokok tumbang dan menghalang jalan.

"Antara lokasi adalah di Jalan PKNK, Jalan Inai, Taman Ria Jaya, Jalan Hospital Sungai Petani, kawasan Perindustrian Sungai Petani, Jalan Amanjaya dan Jalan Bandar Perdana.

"Kejadian pokok tumbang itu turut merosakkan bumbung rumah serta kenderaan penduduk yang diletakkan di hadapan rumah," katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurut Azahar, seramai 11 anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kuala Muda digerakkan ke lokasi untuk melakukan kerja-kerja pemotongan pokok serta dahan untuk laluan kenderaan.

Selain itu, anggota APM juga digerakkan ke kawasan rumah penduduk yang terjejas untuk membaik pulih bumbung yang rosak.

"Bagaimanapun dalam kejadian itu, tiada laporan kecederaan ataupun kehilangan nyawa dilaporkan.

"Saya menasihatkan penduduk serta pengguna jalan raya supaya mencari tempat selamat kerana ketika ini hujan berserta ribut sering berlaku terutama lewat petang dan malam," katanya.

Disiarkan pada: November 9, 2021 @ 8:36pm






Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 



Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

1-7-2022 12:16 AM GMT+8 , Processed in 0.092924 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list